Hatiku tertinggal di Bursa

June 14, 2009 hatikumiliktuhanku

Sebelum ini percutian ku ke sepanyol meyebabkan aku jatuh cinta kepada bumi Granada , yakni wilayah terakhir terhapusnya pemerintahan khalifa abbasiyah di bumi Andalusia kerana tegarnya penduduk Islam di situ mempraktikkkan Islam tatkala dihukum dan dihimpit seksaan oleh pemerintah yg zalim.Namun kali ini jaulah ke turki menyebabkan hatiku tertinggal di Ulu Camii, Bursa, Turki. atau pun dikenali sebagai the Great Mosque di kalangan para pelancong.Masjid ini adalah masjid utama ketika pemerintahan Kalifah uthmaniyah.Aku dan rakan2 sibuk mengambil gambar di hadapan masjid.Aku perasan ramai orang memerhatikan gelagat kami dgn pandangan yg pelik may be sebab kami ni tourist.Ntahlah , aku sendiri tak dapat membaca fikiran mereka.Makcik2 di jalanan melemparkan senyum yg paling manis kepada kami semua seakan2 mengalu-alukan kedatangan kamikesitu.Ada yg bertanyakan sesuatu kepada ku dalam Bahasa Turki.Aku pun apa lagi bajet paham soalan makcik tu, dan menjawabnya sekadar pemahaman aku.Akhirnya makcik tu tersenyum aku dapat rasakan bahawa aku tak menjawab soalan mereka.Tak palah makcik.Saya tak paham.Aku melemparkan senyuman lalu berlalu masuk ke dalam masjid bersama 3 lagi rakan ku.

Azan berkumandang menunjukkan waktu Asar.Tiba-tiba sahaja masjid itu di penuhi para jemaah tak kira tua atau muda , muslimin atau muslimat menunaikan solat.Aku memandang mereka penuh kagum sambil menikmati keindahan seni bina masjid itu.Aku dan rakan2 telah pun menunaikan solat jamak .Terasa canggung apabila org lain sibuk menunaikan solat kami pula duduk-duduk berehat di dalam masjid.Tak lama kemudia muazzin melaungkan lafaz iqamah, imam pun memulakan sembahyang berjemaah .Oh, rupa-rupanya mereka tadi menunaikan solat sunat.Mataku terpaku melihat begitu banyak jemaah yg hadi runtuk solat bersama2 pada waktu Asar , waktu yg biasanya masyarakat setempat sibuk dgn urusan lain.Aku hitung saf2 jemaah di masjid itu saf muslimin lebih kurang 3 atau 4 saf panjang manakala saf muslimah 5 saf yg pendek2.Aku terkedu ini kah Turki yg ku anggap terlalu sekular?Aku rasa malaysia lagi sekular kot!Subhanallah, apakah rahsia pemerintah atau ulamak atau rakyat jelata di situ sehingga masjid di’imarahkan sebegitu rupa.Aku kagum campur sedih.Sedih dengan diriku, solat jemaah jarang2 solat rawatib lagi la.

Tetiba fikiran ku melayang kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.Aku rasa sedikit terkilan kerana tak berkesempatan melawat makam baginda atas sebab2 yg tertentu.Barangkali aku belum layak melawat makan seorang insan mulia yg disebutkan dalam hadis rasulullah S.A.W.
to be continued

Entry Filed under: saudara seislamku / jaulah,Uncategorized

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed