Time to rectify the mistakes

Bismillahirrahmanirrahim,

In the name of Allah the most gracious and the most merciful,

It has  been quite sometime I haven’t write in this blog because I am no more a student but a houseman in a hospital at the north region of M’sia.There is nothing to be proud when you are entitled as a doctor.The title is not more than a responsibility. To treat the patient the best that you can do.But as a human being the capacity of satisfying others need would be very limited.We want to give the best that we can .However due to time constraint we fail to do so.

It happens to me last night when I had double shift.I started my work at 6am.then went back home at 5.30am.Then, I got to go back to hospital at 11pm and stay there until 5pm next day.Most of the nite shift I was in the operation theatre assisting caeserean section done by the MO.By the time , I went back to the ward, there are  a few new cases to be attended.Patient has been waiting for hours.It happened to be that there are a lot of new OT registration to be done and I am the only one who took care of all patients in all 4 wards.Trust me it is not a simple task when u need to manage 4 wards alone from 11pm onwards.

To those who want to pursue a degree in medicine my advise is simple if you want a very laid back lifestyle better choose other profession.Because if you are on a nite shift you won’t be able to sleep.The patient safety come first then only your convenience.

Wallahu’alam

 

 

Advertisements

Add a comment September 5, 2012

Cintailah Allah dengan sesungguh-sungguh kecintaan

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Allah itu layaknya dicintai sepenuh hati. Apabila jiwa kosong syaitan cuba memenuhi segenap jiwa dengan kemaksiatan dan kelalaian.Apabila kita punya masa yg lapang isilah ia dengan mengingati Allah.Bacalah Al-Quran dengan penuh lemah lembut serta suara yg paling merdu sebagaimana kita bertutur dengan lemah-lembut kepada kedua ibu bapa kita yg sangat kita cintai.InsyaAllah ketenangan itu akan hadir

Pujuklah hati melakukan setiap perbuatan untuk mendapat redha Allah.Apabila belajar, hayatilah tiap bait baris kata-kata dalam buku itu hanya semata-mata untuk mendalami ilmu ALLAh insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang.Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai muslimah, aku rasa begitu bahagia tatkala ketenangan itu singgah di dalam hati.

Aku sedar tatkala fikiran ku berkecamuk , aku temui ketenangan melalui zikrullah.Sebutlah nama Allah dengan sebanyak-banyaknya dengan penuh pengharapan agar ketenangan itu akan datang.Ku baca baris al-quran dengan perlahan-lahan, ku lantunkan kalamullah dengan sedaya mungkin agar ia meresap masuk kedalam jiwa yg lalai ini.Alhamdulillah aku temui ketenangan.

Aku teringat akan satu ungkapan yg sering mencengah dalam benak fikiranku tatkala keserabutan menyelubungi diri “Carilah hatimu dalam tiga perkara yakni, solat malam, membaca al-quran dan zikrullah. Jika kamu tidak menemui hatimu di situ maka pintalah kepada Allah hati yg baru”

Sama-sama kita suburkan cinta kita kepada Allah azzawajalla

Wallahua’lam

Add a comment March 11, 2012

Masa untuk berubah 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang,

Marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikanMemulakan dengan sekecil-kecil amal.Seperti:

  1. memberi salam,
  2. membaca bismillah sebelum segala perbuatan
  3. membaca doa makan,
  4. doa tidur: serta ayat kursi , surah al-ahad,al-‘alaq’ dan an-nas
  5. doa masuk tandas
  6. doa naik kereta
  7. doa sebelum belajar
  8. doa kpd ibu bapa serta banyak lagi.

Solat di awal waktu .Aku terbaca satu artikel yg

menceritakan bahawa neraka wail  adalah tempat org yg melewat kan solat.Jom kita solat awal waktu.

Jom kita melazimi membaca al-quran, berselawat,

beristighfar, serta senyum .Itu semuakan sunnah rasulullah.

 

Kalau kita berniat untuk buat baik teruskanlah jangan

menoleh belakang lagi mana tahu lepas ni kita

tak berkesempatan mengerjakannya lagi.

 

Lailaha illallah-

Kalimah tayyibah yg mana timbangannya melebihi

segala isi lagi dan bumi, daripada kita duduk

saja-saja tak buat apa baik kita berzikir supaya

dijauhkan kita daripada melagha ataupun

menghampiri maksiat.

JOm KiTa BeRubah!!

Wallahua’lam

Add a comment February 11, 2012

Allahumma Solli a’la Sayyidina Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

Sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas nabi

Muhammad S.A.W.

 

Dimanakah rasulullah di hati kita?Jika terasa jauh

sama-sama kita cuba dekatkan dengan berselawat

dan mengamalkan sunnahnya.

 

Hatiku tersentuh membaca artikel dan menonton video

di bawah ingin aku kongsikan bersama untuk tatapan kita.

 

 

Dia Pernah MencintaiMU- Abu Saif

http://www.saifulislam.com

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wallahua’lam

Add a comment February 5, 2012

Apabila kita berada di atas jangan lupa melihat ke bawah

Bismillahirrahmanirrahim,

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang,

Alhamdulillah, harini merupakan hari yang indah .

Sekalipun pada ptg tadi ada saja perkara yg

menganggu fikiranku.

 

Aku sedar bahawa kadang

-kadang kita perlu mengizinkan diri ini melakukan

kesilapan.Agar kita belajar untuk menerima bahawa

kita hanyalah hamba Allah yg lemah yg tak lari dari

membuat kesilapan.Aku tidak bermaksud untuk

mengizinkan diri in SENGAJA BUAT SILAP, tapi

BERLAPANG DADA APABILA KITA TERSILAP.

 

Aku akui aku suka akan kesempurnaan.Cthnya:

Kalau aku menjawab soalan tutorial aku inginkan

semua jawapanku tepat dan diterima oleh tutor.

Namun, ternyata ilmu Allah itu terlalu luas untuk

aku kuasai semuanya.

 

Ia mengajar aku untuk berlapang dada menerima

kelemahan diri dan berusaha menambahbaikkan

nilai yg ada pada diri.Berusaha tanpa jemu..Jgn

berhenti berdoa moga dipermudahkan segalannya.

 

Malam ini aku pergi ke hospital, meninjau keadaan

wad serta kes-kes yg menarik untuk aku pelajari.

Akhirnya aku menemuramah seorang pak cik yg

umurnya lingkungan 60 an.Ternyata dari raut wajah

pak cik itu ada sinar bahagia.Dia kulihat berbudi

bahasa serta lembut tutur kata. Dia bukanlah siapa

-siapa.Hanya seorang pesara pekerja kilang yg

menyara isteri serta dua org cucunya setelah

anak tunggalnya kembali ke rahmatullah

3 tahun lepas.Ikan yg dimakannya

ditangkap sendiri.Sekalipun telah tua dia turun ke

bendang untuk mencari sesuap nasi.

 

Aku bertanya tentang keluarganya.Ternyata dia terasa

bahagia.Katanya dia rindu kepada isterinya.Kerana

mereka tak pernah berjauhan.Cucunya yg turut

memanggilnya Abah turut tak sabar menanti

kepulangannya esok.Katanya mereka akan bertolak

awal pagi untuk menjemputnya pulang ke rumah.

 

 

“Pak cik nanti balik naik apa?” ku tanya dgn lebih

lanjut.

“Pak cik naik bas la nak, motor yg pak cik

pakai skg pun motor allahyarham anak pak cik”

Pak Cik itu menjawab dengan nada sekata.

 

“Pak cik mesti tak sabarkan nak balik rumah nak makan

masakan mak cik?”.

Jawabnya sambil tersenyum

“Mestilah pakcik tak sabar nak makan masakan air

tangan mak cik”

 

…………………………………………………………………

Ternyata kebahagiaan itu bukanlah sekadar kayanya

wang ringgit.Aku tak nafikan wang ringgit adalah

alat untuk mencari kebahagiaan.Namun, kebahagiaan

itu bukanlah sesuatu yg boleh dibeli  di tepi jalan.

 

Aku merenung sejenak ternyata tuhanku terlalu

menyayangi hambanya.Diberikannya kasih-sayang

dan segala rasa cinta kepada hambanya yg sentiasa

bersyukur

 

Jika kita berada di atas jangan lupa untuk melihat ke

bawah.Kerana hanya dengan cara itu kita menjadi

seseorang yg lebih bersyukur.

 

Wallahua’alam.

 

 

 

Add a comment February 2, 2012
Tags: , ,

To be considerate

Bismillahirrahmanirrahim,

In the the name of Allah the most gracious and the most merciful

Please give me the strength to face this.

It is so disappointing when a person repeatedly hurt

you .If I can be considerate why can’t  she does the

same.Life is about give and take.My simple advice:

Please be considerate.If a person request for

something.She really mean it.I am tired of giving in.

Please do respect the other, don’t be so heartless.

La takhaf wa la tahzan innallah ha ma’ana.

Wallahu’alam.

Add a comment January 20, 2012

It is just a beginning

Bismillahirrahmanirrahim

In the name of Allah the most gracious and the

most merciful,

It is just a beginning .Everything that we do will be

accounted for.Let us reflect ourselves , what

have we done to please Allah.Why do we need to

please Allah????

There would be thousands of reasons for this

question. However i just want to share with all of u

one of them.

Yesterday, I went to emergency department looking

around for interesting cases that I can learn for my

final exam.I was at the acute bay in the green zone.

There are 3 patients who are waiting for

their turn to get

nebulizer

(medication for asthma mixed with oxygen)

One of the nurse ask us (medical students) to

limit the oxygen to 6-8litre because

the oxygen supply is limited.

At that moment I started to think

how ungrateful I am for

the air that is given for

free since I was born by the Almighty Allah.

1 oxygen tank costs about USD 250=RM800.

A patient with chronic obstructive pulmonary disease

 pay $65.12 for three weeks for oxygen.

For those

who are interested to read about the life of the

COPD patient

You can click here

If Allah ask u to pay every single litre of oxygen that

u have inhaled are

u able to do so?

Wallahua’alam

Add a comment November 25, 2011

Berapa banyak kita beristighfar sehari?

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan segala-galanya untukku.Alhamdulillah.

Di saat kita menikmati setiap nikmat pemberian Allah kita terkadang lupa untuk berterima kasih atau lebih tepat bersyukur dengan segala kurniaannya.Malah kita merasa kecewa atau hampa malah mengharap lebih daripada itu.

Manusia itu memang diciptakan bersifat lemah dah suka berkeluh kesah.Apabila diberikan nikmat seolah-olah dia tidak pernah meminta pertolongan kepada Allah.Apabila diuji, pantas sekali dia memohon pertolongan Allah.

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Seberat-berat timbangan kebajikan adalah kalimah La ilaha illallah.Turut dikatakan nabi Muhammad S.A.W beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari.Ada yg mengatakan 100 kali sehari.

Nabi yang maksum meminta ampun kepada Allah 70-100 kali ini kan pula kita yang penuh dengan dosa.Tak kira dosa yang dizahirkan atau yang disembunyikan.

Dosa kepada Allah dan kepada makhluk-makhluknya.Dosa mata yang melihat perkara terlarang, dosa hati, dosa lidah dan mulut yg memperkatakan perkara dusta, lagha, tak bermanfaat, memfitnah mengumpat dan segalanya.

Marilah kita sama-sama mencari ruang untuk beristighfar kepada Allah.Moga dengan rahmatnya dosa-dosa kita diampunkan dan kita diizinkan untuk menikmati keindahan syurga Allah yg sungguh indah.

Wallahua’alam

Add a comment November 15, 2011

Bersabar dan berdoa untuk yg terbaik

doa dikurniakan kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Allah maafkanlah aku jika aku mengeluh akan kesusahan yang menimpa diriku.Hari ni exam O&G long case.

Alhamdulillah aku telah pun menamatkannya sekitar pukul 1.15 di saat ramai orang menjamu selera aku berperang di dalam bilik bersama examiner di dalam bilik yg sejuk beku ditemani pesakit yg baik hati.Bila aku belajar o&g ni baru aku tahu betapa susahnya medik ni.Walaupun ada ja orang boleh score.May be masih belum cukup usahaku.

Namun, apa yg aku boleh katakan aku perlu terus berdoa dengan penuh pengharapan agar aku dapat lulus dengan cemerlangnya dalam semua subjek yg aku ambil.Di saat tu juga aku mengagumi betapa hebatnya Allah menciptakan pelbagai penyakit dalam sekujur tubuh insan bernama wanita.Banyak sgt penyakitnya, tak kira lagi anak yg dikandungnya.

Melihat prof.O&G yg hebat aku terdiam kerana aku bukanlah sehebat mana.Namun, aku sedar pencipta prof.O&G jauh lebih hebat.Kerana pencipta mereka mengetahui segala ilmu O&G, Paediatrik,Psychiatric, Medicine,Surgery, bukan setakat medik, engineering, pertanian,perniaagaan, ilmu angkasa ,ilmu agama, ilmu sastera.Semua itu adalah milik Allah yg Maha Mengetahui.

Siapalah kita untuk mendabik dada jika dipuji “awak ni mesti pandaikan, nampak macam scorer”.Janganlah sesekali kita merasa angkuh dengan kelebihan yg Allah berikan kerana ilmu itu milik Allah.Kalau nak ditarik sekelip mata sahaja Allah mampu melakukannya.

Contoh dalam exam siapa boleh jamin apa yg kita baca itu akan keluar, siapa boleh jamin kita boleh jawab soalan tanpa rasa blank.Semuanya berlaku dengan izin Allah.Benarlah firman Allah dalam surah yassin “Jika Allah katakan jadi maka jadilah ia”.

Hidup sebagai seorang pelajar, seorang hamba Allah, seorang anak, seorang doktor, seorang sahabat atau sebagai seorang apa sekalipun kita bergantung kepada Allah,kerana takdir kita telah ditentukan Allah mengikut pengetahuan Allah.

Jangan sesekali menyalahkan taqdir kalau fail exam sebab tak stadi.Because if u fail to plan u plan to fail.Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah al-A’raf Allah “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka.

Ok sekarang masa untuk muhasabah diri.Dimana salahnya kalau tak blh jawab exam, x cukup stadi?stadi cara tak betul?tak ada study plan?atau terlebih yakin?atau in denial?bajet tahu tapi sebenarnya tidak.Jadi fikir-fikirkanlah.

Setelah berceloteh dengan panjang lebar aku ingin kongsikan 1 article tentang Sabar.Sebab kadang-kadang kita seakan-akan hilang sabar bila ada musibah yg menimpa cthnya exam yg susah sgt.

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/04/sabar.html

Add a comment November 1, 2011

Doa menghilangkan stress

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doa menghilangkan stress

http://kemahiran-al-quran.blogspot.com/2009/04/doa-mengatasi-stress.html

Wallahua’lam

Add a comment October 30, 2011