Atas kesalahan apakah mereka dibunuh sebegitu kejam

June 15, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah ya tuhanku, Kau golongkanlah mereka sebagai hambaMu yg syahid di jalan Mu.

Hatiku merintih sedih mengenangkan pembunuhan kejam ke atas sebelas org Islam yg sedang melaksanakan solat jemaah di Masjid Al-Furqan, Narathiwat.Atas kesalahan apakah mereka dibunuh dgn begitu kejam.Ya Allah, Kau timpakanlah balasan sekeras-kerasnya ke atas mereka yg menzalimi saudara-saudaraku di sana. Terasa diriku sebahagian daripada mereka.Sesungguhnya seluruh umat Islam itu bersaudara.Aku sedih mengenangkan negaraku tak mampu melakukan apa2.Mungkin kerana kita tidak kuat, takut nanti kita pula diserang.

Aku rindukan pemerintahan Khalifah .Masih ku teringat suatu kisah sewaktu pemerintahan Khalifah megah berdiri.Seorang muslimah diganggu oleh seorang lelaki di pasar.Lelaki itu berniat serong ke atas perempuan itu.Perempuan itu menjerit melaungkan nama khalifah.Kemudian khalifah itu mengatakan “akan ku hantar bala tenteraku untuk memerangi orang yg cuba mencabuli muslimah itu”.

Subhanallah.Alangkah aman dan damai jika dunia masih lagi begitu.Kita dapat hidup aman dan damai.Umat Islam takkan menjadi alas kaki Diktator-diktator zalim laknatullah.Sudah hilangkah dasar kemanusiaan mereka sehingga tegar membunuh manusia yg sedang melaksanakan ketaatan kepada Penciptanya. Aku tidak melihat sebarang tanda jemaah itu melakukan sesuatu yg boleh mencetuskan peperangan.Mereka HANYA MELAKUKAN SOLAT di dalam masjid, adakah itu salah.Namun , aku yakin matinya mereka, matinya seorang syuhada’ .Allah matikan mereka dalam keadaan penuh beriman , yakni dalam solat.Bukan sekadar solat biasa malah solat berjemaah.Jauh di sudut hatiku aku mencemburui mereka.Kerana aku tahu amalku tak sebanyak mana.Namun sama-samalah kita doakan moga Allah mencucuri roh mereka dan kita juga akan terus hidup dan dimatikan dalam iman dan Islam..Al-fatihah

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20090609234700/Article

Entry Filed under: saudara seislamku / jaulah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: