Indahnya syurga

June 14, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah betapa indahnya syurgaMu.Ingin aku menjadi penghuninya.Namun, layakkah aku?Aku renung2 video2 di youtube yg memaparkan pengorbanan tentera taliban di khurasan, yg tak mundur kebelakang sekali pun lawan mempunyai segala kelengkapan perang yg hebat.Aku teringat akan kisah seorang budak perempuan palestine yg kudung kakinya akibat serangan tentera israel laknatulllah tersenyum memberitahu pemberita bahawa aku gembira kerana kaki ku telah mendahului aku ke syurga.Amal apakah yg melayakkan aku ke syurga.Aku tiada apa2 yg nak ku bandingkan dengan mereka.Makan ku cukup, duit ku tak pernah habis, aku ada segala2nya Alhamdulillah.Nikmat Allah kepada ku terlalu banyak untuk ku hitung.

Surah Al-Baqarah ayat 25
25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya[32].

[32]. Kenikmatan di syurga itu adalah kenikmatan yang serba lengkap, baik jasmani maupun rohani.

Ya Allah ampunilah aku jika aku mendustakan mana2 nikmatMu.Aku tahu aku byk melalaikan tanggungjawab ku.Kata2 rasulullah terngiang2 di benak fikiran ku, walaupun aku tak pernah berjumpa dgn baginda namun, aku bersyukur masih ada insan2 pilihan Allah yg menghafal hadis2 rasulullah S.A.W dan membukukannya.Ini memberikan peluang kepada ku hamba Allah yg penuh noda dan dosa menilai semula amal perbuatan ku.

sabda rasulullah yg maksud nya lebih kurang begini “jika kamu melihat syurga dan neraka nescaya kamu akan lebih banyak menangis dan sedikit sekali kamu ketawa”

Turki dikatakan oleh pelancong dari barat sebagai syurga Dunia.Aku akui turki sangat cantik airnya yg jernih kehijau-hijauan.Masjid Biru yg bergemerlapan disinari cahaya rembulan , ditambah pula lokasinya yg menghadap laut.Hatiku tersenyum tenang menyaksikan keindahan cipataan tuhan ini. Namun, aku percaya syurga itu jauh lebih indah daripada itu..
Perjalanan ku ke Turki,yg suatu ketika dahulu gah sebagai pusat pemerintahan Khalifah Uthmaniyah banyak memberikan aku seribu kenangan yg tak mungkin akan aku lupakan.

-Hari pertama:
Aku beserta 3 org lagi sahabatku aini , dalila, dan habibah tiba di Lapangan terbang Sabiha Gockchen.Panasnya cuaca di situ hanya Allah yg tahu.Tiba-tiba salah seorang sahabatku berkata ni baru panas dunia, belum di kira lagi panas akhirat.Setelah itu kami pon menuju ke stesen teksi.Sebelum memulakan perjalanan kami pun melafazkan doa kehadrat Ilahi agar perjalanan kami diberkati serta dilindungi Allah subhanahu wa taala.Selepas itu , tetiba sahaja pak cik pemandu teksi itu bertanya kepada kami “muslimah” aku mengangguk tanda setuju. Aku kemudian bertanya “can u speak english or arabic?” Dia kemudian menggelengkan kepalanya.Kemudian, dia membacakan surah al-fatihah dan membacakan doa berserta selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan bahawa dia juga Muslim. Kebetulan aku duduk di sebelah seat driver, jadi aku pun berbual dgn pakcik tu.Terasa kelakar apabila pakcik tu bertutur dalam bahasa turrki kepadaku .Aku yg tak da basic langsung cuba sedaya mungkin memahami apa yg dituturkan olehnya.Dia mengajarkan aku beberapa patah perkataan turki “tasyakur ederem” yg bermaksud terima kasih.Setibanya kami di hotel aku dan rakan2 membayar tambang.Alhamdulillah, pak cik itu memberikan discount kepada kami asalnya semasa di airport penterjemah memberi tahu kami harga sebuah teksi ialah 80 turkish lira.Namun, pak cik itu hanya me”charge” kami sebanyak TR 70.Alhamdulillah moga Allah melimpahkan rezeki ke atas pak cik itu.

Entry Filed under: hikmah ciptaan/syariat Allah,saudara seislamku / jaulah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed