Diari hati kecil ini

June 20, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Jari jemariku mengitung-hitung hari2 kepulangan ku ke Malaysia.Tak sabar hati ini ingin bertemu dengan insan2 yg sangat aku cintai.Setelah lebih seminggu aku ke Turki berjaulah aku pulang ke Dublin, menginap sendirian di kamar kecilku, masa berlalu begitu pantas tanpa ku sedari.Begitu hatiku menyesali setiap detik yg berlalu tak ku manfaatkan sepenuhnya.Ku khuatiri akan disoal Khaliqku apa yg aku lakukan masa muda dan lapangku.Adakah aku ingin menjawab aku mengisinya dengan menonton drama2 youtube.Aku tewas, tewas dalam mujahadah nafsuku .

Aku cemburu melihat sahabat yg mampu melafazkan kalam2 Allah di hujung bibir.Namun ,aku sendiri tak berusaha ke arah itu.Benar kata org untuk melakukan kebaikkan itu bukan mudah.Engkau bisa tertewas sebelum mengaturkan langkah kaki.Benar langkah pertama itu terlalu berat..Namun, pertengahan itu takkan muncul sehingga adanya permulaan.Permulaan itu benar2 menyeksakan jiwa yg penuh dengan noda dosa.

Aku teringat suatu ketika Imam Syafie mengadu kepada gurunya akan kelemahan hafalannya.Setelah itu gurunya menjawab “Ilmu itu adalah cahaya.Cahaya tak akan menembusi hati yg dikotori dengan maksiat”.

Aku tahu hati ini penuh maksiat namun sedikit sekali usahaku untuk menyucikannya.Adakah aku mahu menunggu sehingga nyawa ini kekerongkongan?di saat di mana pintu2 taubat telah pun tertutup.Futur..lemah setelah bersemangat melaksanakan kebaikkan.Selagi , hati ini sedar bahawa diri ini telah terlanjur melakukan kesilapan, berbaliklah kepada Al-Quran dan Sunnah.InsyaAllah masih ada ruang untuk nur ilmu itu meresap masuk ke jiwa ini.Aku cuba memujuk hati yg telah terkulai layu 2 minggu yg lalu.Aku perlu bangkit sebelum keadaan semakin parah.

Aku teringat kata2 seorang ilmuan Islam “Janganlah sampai dosa-dosa yg kau lakukan itu membuatkan engkau berputus asa daripada memohon taubat daripada TuhanMu.Kerana barangkali dosa yg kau lakukan itu adalah dosa terakhir sebelum engkau mengecapi keindahan Rahmat TuhanMu”

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati,me as student,Uncategorized

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed