Aku bersyukur dilahirkan sbg Muslimah

June 19, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semalam, aku bersama sahabatku melawat seorang teman yg tinggal tak jauh dari City Centre.Aku kagum melihat rumahnya yg cantik gayanya persis hotel.Alhamdulillah, rezeki kami murah pada haritu sesampainya kami diri rumah sahabatku dia telah pun menyiapkan hidangan yg lazat2 untuk kami berdua sehingga kemengahan dan sengkak perut ku di buatnya.Nasib baik tak beletup.Alhamdulillah

Selesai aku makan bersama 2 sahabatku ,kami rehat2 di atas sofa sambil menonton TV.Aku jarang2 sekali menonton TV kerana di rumah sewaku tiada TV aku hanya mengadap laptop.Terasa excited bila dapat tengok TV.Namun, kegembiraan aku berubah menjadi kegelian dan kejijikkan.Dek kerana lawak2 kotor drama mat saleh yg memang aku tak leh terima dan eksploitasi wanita dalam iklan2 sekali pon hanya iklan coklat sekupang dua..

Aku sedih melihat hakikat ini.Namun, jauh di sudut hatiku aku bersyukur kerana Dengan izin Allah aku di lahirkan sebagai muslim.Jika tidak barangkali aku juga berada di posisi mereka2 yg ku tonton.Nauzubillahi minanzalik

Wanita itu ibarat berlian yg berkilau .Selalu disentuh akan menjadi kusam.Harga pon akn merudum.Huhu,Aku pelik melihat gelagat2 mereka dalam sitcom yg aku tonton.Hilangkah rasa malu mereka apabila laki dan perempuan bersentuhan tanpa ada batasan tak kira tempat tak kira masa.Ya Allah jauhilah aku, keluargaku, sahabat2 dan seluruh saudara sepeganganku daripada berkelakuan sebegitu rupa.

Baru aku sedar sesungguhnya Islam itu indah.
Allah berfirman “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan mungkar”
“Katakanlah kepada wanita beriman hendaklah mereka menutupi perhiasan mereka dan melabuhkan tudung mereka ke paras dada”
“Tundukkanlah pandanganMu dan jagalah kehormatanmu”
dan banyak lagi.Maaf kiranya aku mengambil main point ayat2 al quran ini.

Namun, ayat2 inilah yg membuatkan aku sedar bahawa, dengan menjauhi larangan2 dan mematuhi perintah2 Allah ini sahaja kita mampu memelihara kehormatan kita.

Apabila ada yg menyatakan ini adalah hak aku .Suka hati aku la nak tutup aurat ke tak aku tetiba tertanya.
“Adakah ruang kebebasan mutlak di dunia ini.Aku suka dengan contoh mat rempit dan polis trafik.Seorang mat rempit di tahan oleh seorang polis trafik kerana melanggar lampu merah.lalu memarahi polis tu kerana menahannya.

“Apa ni tahan2 org ,suka hati gua la, motor ni gua beli pakai duit gua sendiri.Lu ingat jalan ni lu punya ka.Suka hati la nak langgar lampu merah ka lampu hijau ka” katanya me”lawyer” buruk

Dengan nada tenang polis tu menjawab” Maafkan saya Encik negara kita ada undang2.memangla Encik beli motor ni pakai duit encik &jalan ni bukan saya punya.Tapi jalan ni jugak bukan jalan encik sorang ramai lagi org yg menggunakan jalan ni.Jadi kalau encik terus memandu secara berbahaya begini.Encik boleh membahayakan nyawa org lain”

Moral of the story,
-Mana ada kebebasan mutlak dalam dunia ni.Even kat atas jalan raya pon ada undang2.Tu baru undang2 manusia.Pelikkan undang2 manusia selalu kita ikut tapi undang2 Allah susah sekali kita nak ikut, peringatan untuk diri sendiri juga

-Adakah kita ingin menyalahkan kau lelaki semata2 jika banyak kes merogol.”Siapa suruh diorang pandang kitorang pakai seksi2″.Umpama mat rempit yg langgar lampu merah kakinya patah dilanggar lori. adakah pemandu lori sorang ja yg salah..sama2 kita fikirkan .Ingatlah Allah tak membebankan kita dengan sesuatu yg kita tak mampu nak tanggung.
Wallahua’lam

Entry Filed under: hikmah ciptaan/syariat Allah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: