Apabila kita berada di atas jangan lupa melihat ke bawah

February 2, 2012 hatikumiliktuhanku
Tags: , ,

Bismillahirrahmanirrahim,

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang,

Alhamdulillah, harini merupakan hari yang indah .

Sekalipun pada ptg tadi ada saja perkara yg

menganggu fikiranku.

 

Aku sedar bahawa kadang

-kadang kita perlu mengizinkan diri ini melakukan

kesilapan.Agar kita belajar untuk menerima bahawa

kita hanyalah hamba Allah yg lemah yg tak lari dari

membuat kesilapan.Aku tidak bermaksud untuk

mengizinkan diri in SENGAJA BUAT SILAP, tapi

BERLAPANG DADA APABILA KITA TERSILAP.

 

Aku akui aku suka akan kesempurnaan.Cthnya:

Kalau aku menjawab soalan tutorial aku inginkan

semua jawapanku tepat dan diterima oleh tutor.

Namun, ternyata ilmu Allah itu terlalu luas untuk

aku kuasai semuanya.

 

Ia mengajar aku untuk berlapang dada menerima

kelemahan diri dan berusaha menambahbaikkan

nilai yg ada pada diri.Berusaha tanpa jemu..Jgn

berhenti berdoa moga dipermudahkan segalannya.

 

Malam ini aku pergi ke hospital, meninjau keadaan

wad serta kes-kes yg menarik untuk aku pelajari.

Akhirnya aku menemuramah seorang pak cik yg

umurnya lingkungan 60 an.Ternyata dari raut wajah

pak cik itu ada sinar bahagia.Dia kulihat berbudi

bahasa serta lembut tutur kata. Dia bukanlah siapa

-siapa.Hanya seorang pesara pekerja kilang yg

menyara isteri serta dua org cucunya setelah

anak tunggalnya kembali ke rahmatullah

3 tahun lepas.Ikan yg dimakannya

ditangkap sendiri.Sekalipun telah tua dia turun ke

bendang untuk mencari sesuap nasi.

 

Aku bertanya tentang keluarganya.Ternyata dia terasa

bahagia.Katanya dia rindu kepada isterinya.Kerana

mereka tak pernah berjauhan.Cucunya yg turut

memanggilnya Abah turut tak sabar menanti

kepulangannya esok.Katanya mereka akan bertolak

awal pagi untuk menjemputnya pulang ke rumah.

 

 

“Pak cik nanti balik naik apa?” ku tanya dgn lebih

lanjut.

“Pak cik naik bas la nak, motor yg pak cik

pakai skg pun motor allahyarham anak pak cik”

Pak Cik itu menjawab dengan nada sekata.

 

“Pak cik mesti tak sabarkan nak balik rumah nak makan

masakan mak cik?”.

Jawabnya sambil tersenyum

“Mestilah pakcik tak sabar nak makan masakan air

tangan mak cik”

 

…………………………………………………………………

Ternyata kebahagiaan itu bukanlah sekadar kayanya

wang ringgit.Aku tak nafikan wang ringgit adalah

alat untuk mencari kebahagiaan.Namun, kebahagiaan

itu bukanlah sesuatu yg boleh dibeli  di tepi jalan.

 

Aku merenung sejenak ternyata tuhanku terlalu

menyayangi hambanya.Diberikannya kasih-sayang

dan segala rasa cinta kepada hambanya yg sentiasa

bersyukur

 

Jika kita berada di atas jangan lupa untuk melihat ke

bawah.Kerana hanya dengan cara itu kita menjadi

seseorang yg lebih bersyukur.

 

Wallahua’alam.

 

 

 

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: