Bersabar dan berdoa untuk yg terbaik

November 1, 2011 hatikumiliktuhanku

doa dikurniakan kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Allah maafkanlah aku jika aku mengeluh akan kesusahan yang menimpa diriku.Hari ni exam O&G long case.

Alhamdulillah aku telah pun menamatkannya sekitar pukul 1.15 di saat ramai orang menjamu selera aku berperang di dalam bilik bersama examiner di dalam bilik yg sejuk beku ditemani pesakit yg baik hati.Bila aku belajar o&g ni baru aku tahu betapa susahnya medik ni.Walaupun ada ja orang boleh score.May be masih belum cukup usahaku.

Namun, apa yg aku boleh katakan aku perlu terus berdoa dengan penuh pengharapan agar aku dapat lulus dengan cemerlangnya dalam semua subjek yg aku ambil.Di saat tu juga aku mengagumi betapa hebatnya Allah menciptakan pelbagai penyakit dalam sekujur tubuh insan bernama wanita.Banyak sgt penyakitnya, tak kira lagi anak yg dikandungnya.

Melihat prof.O&G yg hebat aku terdiam kerana aku bukanlah sehebat mana.Namun, aku sedar pencipta prof.O&G jauh lebih hebat.Kerana pencipta mereka mengetahui segala ilmu O&G, Paediatrik,Psychiatric, Medicine,Surgery, bukan setakat medik, engineering, pertanian,perniaagaan, ilmu angkasa ,ilmu agama, ilmu sastera.Semua itu adalah milik Allah yg Maha Mengetahui.

Siapalah kita untuk mendabik dada jika dipuji “awak ni mesti pandaikan, nampak macam scorer”.Janganlah sesekali kita merasa angkuh dengan kelebihan yg Allah berikan kerana ilmu itu milik Allah.Kalau nak ditarik sekelip mata sahaja Allah mampu melakukannya.

Contoh dalam exam siapa boleh jamin apa yg kita baca itu akan keluar, siapa boleh jamin kita boleh jawab soalan tanpa rasa blank.Semuanya berlaku dengan izin Allah.Benarlah firman Allah dalam surah yassin “Jika Allah katakan jadi maka jadilah ia”.

Hidup sebagai seorang pelajar, seorang hamba Allah, seorang anak, seorang doktor, seorang sahabat atau sebagai seorang apa sekalipun kita bergantung kepada Allah,kerana takdir kita telah ditentukan Allah mengikut pengetahuan Allah.

Jangan sesekali menyalahkan taqdir kalau fail exam sebab tak stadi.Because if u fail to plan u plan to fail.Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah al-A’raf Allah “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka.

Ok sekarang masa untuk muhasabah diri.Dimana salahnya kalau tak blh jawab exam, x cukup stadi?stadi cara tak betul?tak ada study plan?atau terlebih yakin?atau in denial?bajet tahu tapi sebenarnya tidak.Jadi fikir-fikirkanlah.

Setelah berceloteh dengan panjang lebar aku ingin kongsikan 1 article tentang Sabar.Sebab kadang-kadang kita seakan-akan hilang sabar bila ada musibah yg menimpa cthnya exam yg susah sgt.

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/04/sabar.html

Entry Filed under: me as student,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: