Terima kasih guru

September 3, 2011 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Hari ini bukan hari guru namun, tetiba aku rasa ingin mencoretkan sesuatu buat guru-guruku yg telah banyak berjasa buat diriku.Guru-guru yg bukan hanya mengajar untuk mendapat gaji pada akhir bulan tetapi guru yg mendidik dgn penuh kasih sayang.Ada sahaja bait kata-kata mereka yg berbekas di hatiku yg aku jadikan pegangan dan prinsip hidupku sehingga hari ini.

Lewat petang tadi aku membaca entry di http://www.iluvislam.com aku terbaca akan bait kata-kata Imam AL-Ghazali

“Hiduplah sebagaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan mati, cintalah siapa yang kamu mahu sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya, dan buatlah sebaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan ditanggungjawabkan.”

Aku masih ingat Ustazah Habibah pernah menyelitkannya dalam ucapan perpisahan persatuan ketika aku di Tingkatan Lima.Terasa masih terngiang-ngiang di benak fikiran aku.Cikgu Mazinah juga memberikan pesanan yg lebih kurang sama dalam jamuan perpisahan kelas kami yg berlangsung di hotel Seri Malaysia.Aku kagum melihat peibadi mereka bertudung labuh, berkarisma, berpekerti mulia.Aku rindukan waktu itu di mana banyak insan-insan yg tak lokek memberi nasihat kepadaku.Aku rindukan hatiku yg dulu yg mudah menerima nasihat serta pengajaran daripada alam sekeliling.Terima kasih Allah kerana menghadirkan insan-insan ini dalam hidupku.Kehadiran mereka menjadikan aku seorang yg aku sukai pada hari ini.

Wallahua’lam..

Entry Filed under: hikmah ciptaan/syariat Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: