Al-Quran itu Mukjizat

March 17, 2011 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Al-Quran adalah mukjizat yg masih lagi kekal sehingga ke hari ini.Membacanya memberikan suatu ketenangan yang tidak dapat digambarkan kerana perasaan itu hanya pembacanya sahaja dapat merasainya.Dengan membaca al-Quran juga kita mampu mengalirkan air mata entah darimana air mata itu turun aku kurang pasti.Tapi ayat-ayatnya mampu meruntunkan perasaan pembacanya.Aku sedar terkadang kita terlalu leka mengejar dunia.Kita meletakkan al-Quran sebagai suatu bacaan pilihan .Berbanding dgn surat khabar atau buku pelajaran yg saban hari kita ulang baca untuk mendapatkan berita terbaru atau untuk memantapkan lagi pemahaman pembelajaran kita.

Soal hati kita, dimana kita letakkan Allah di hati kita, adakah ianya hanya sekadar di pinggiran?

Ingin aku kongsikan sepotong ayat dari al-Quran yg membuatkan aku terfikir, haruskah aku risau akan hari esok jika aku telah berusaha untuk mendapatkannya. Sejauh mana telah aku letakkan usaha dan tawakkal dalam aku mengemudi kapal menyelusuri jalan hidupku.Kerana aku pasti setiap yg berlaku adalah takdir Allah berdasarkan pilihan dan usaha yg telah kita lakukan.Manusia merintih tatkala diuji, namun sejauh mana kita manusia bersyukur dgn apa yg diberi.

Surah al-Fatir, ayat 29:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.”

Keruhnya hati kerana maksiat,
Hati yg disirami bacaan Al-Quran,
Keruhnya akan berkurang,
Sinarnya bergemerlapan.
Jika aku takut,
Aku perlukan kekuatan dan keberanian ,
Yang hanya mampu aku perolehi daripada Tuhan,
Dan aku pasti penawarnya adalah Al-Quran,

Sedetik kita terleka dgn keindahan dunia,
Kita lafazkan istighfar,
Kerana aku tak pasti sampai bila kita akan masih kekal di sini.

Wallahu’alam.

Entry Filed under: hati,syukur dgn nikmat,tazkirah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: