Muhasabah diri

November 21, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Apa yg telah kita lakukan pada hari ini?
Adakah kita solat subuh di awal waktu?
Adakah kita mengucapkan Alhamdulillah kerana masih lagi bernyawa?
Adakah kita bersyukur kerana masih mempunyai makanan untuk dimakan, rumah untuk berlindung ,kesihatan yang baik?
Apa yang kita lakukan untuk menggembirakan Allah?
Adakah kita rasa malas untuk melakukan sebarang kerja kerana hari ini hari minggu?
Adakah kita rasa kita layak masuk syurga kalau terus begini?
Jika kita ditakdirkan mati hari ni agak agak kita masuk syurga ke neraka?

Aku pernah terbaca bahawa semua umat islam yg di dalam hatinya ada sekelumit iman akan dimasukkan syurga.Namun, jika dia melakukan sesuatu yg membawa kemurkaan Allah dia akan dimasukkan ke neraka terlebih dahulu.Setelah lengkap azab yg diterimanya barulah dia dimasukkan ke syurga.Ya Allah Ya Tuhan kami ampunilah kami di atas segala kelalaian kami melaksanakan suruhanMu. Jauhilah kami daripada azab api nerakaMu yg panasnya tak termampu kami tanggung.Panas teriknya mentariMu kami tak mampu menahan inikan pula azab nerakaMu yg tiada tara. Ya Allah jangan kau biarkan kami terus melakukan maksiat kepadaMu.Jangan biarkan kami mengundang murkaMu.Bantulah kami menjaga solat kami, waktunya, khusyuknya serta kesempurnaannya. Perbaikilah segala amalan kami agar kami mampu menyiapkan bekalan yang secukupnya apabila mati menjemput kami.

Jam menunjukkan 12.39 tengahari.Aku terdengar kicauan burung yg tak berhenti bertasbih memuji kebesaran tuhanku.Mereka terbang bebas seawal pagi mencari rezeki tuhanku.Mereka yakin rezeki itu pasti ada kerana itu janji tuhanku kepada mereka.Aku jadi cemburu kepada mereka .Mereka tak lelah berzikir tak kira panas hujan ribut atau petir.Aku jadi malu.Aku diberikan kecukupan malah kelebihan makan pakai,tempat tinggal, keluarga. kesihatan, pelajaran dsb.Namun, kelalaianku mengingati Tuhanku Allah azzwajala mengecewakan diriku.Ya Allah bangkitkanlah semangat untuk aku terus dan kembali taat melaksanakan perintahMU.Amin ya rabbalna
lamin

wallahua’lam

Entry Filed under: hati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: