Baiki ramadhan yg lalu

August 12, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah yg telah membenarkan kita semua menikmati ramadahan pada tahun 1431 hijriah.Alhamdulillah.Setiap orang mempunyai azam masing untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan dan kesalahan yg telah dilakukan bersempena ramadhan yg mulia lagi penuh barakah ini.

Di bulan ramadhan ini rasululullah bersama 313 tentera islam menentang 1000 tentera kafir dalam perang badar.Subhanallah kuat sungguh semangat mereka sehingga mereka mampu menewaskan tentera yg 3 kali ganda lebih ramai.Kekuatan jiwa umat Islam terdahulu mampu mengatasi kekuatan fizikal musuh yg penuh dgn kelengkapan perang.

Hal ini berbeza dengan umat Islam pada hari ini.Aku mengenang akan diriku sendiri juga ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian.Puasa bukanlah sesuatu alasan untuk kita bermalas-malasan. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Puasa juga menahan hawa nafsu.Menahan mata daripada memandang sesuatu yg mampu menaikkan nafsu syahwat, menahan mulut daripada mengumpat, menyakiti hati, marah dan sesuatu yg mengaibkan orang lain.Menahan segala tingkah laku yg boleh membawa kepada kemaksiatan dan perkara yg tidak bermanfaat.

Subhanallah, Segala puji bagi Allah yg telah menurunkan keberkatan di bulan ramadahan ini.Sama-sama kita memperbanyakkan sedeqah, menambahkan nilai quantiti dan qualiti ibadah samada yg wajib dan sunnat.Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dan merebut segala ganjaran yg telah dijanjikan Allah.Dan yg paling penting kita berjaya memperoleh redha Allah azzawajalla.Ameen ya rabbalna ‘alamin.

wallahu’alam

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: