Ya Allah aku perlukan kekuatan itu

May 11, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Wahai Khaliqku yg Maha Kuasa ,
Aku mohon kepadaMu kekuatan,
Untuk menghadapi ujianMu
Menanti suatu kepastian,
Yg aku sendiri tidak pasti akan natijahnya,

Ya Allah Kuatkanlah aku,
Kerana aku terlalu lemah,
Jangan ya Allah kau biarkan aku tewas,
Kuatkanlah hatiku menempuhinya,

Jujur aku katakan ya Allah,
Aku terlalu takut,
Takut dengan kenyataan,
Yang aku sangsi akibatnya,
Yg menakutkan atau menenangkan,

Ya Allah,
Kiranya diri ini lupa akan dirimu,
Ingatkanlah aku ya Allah,
Jika aku menangis kau usapkanlah,
Air mata tangis ku,
Kerana aku tak mampu lakukanya sendiri.

Ya Allah,
Bantulah aku,
Aku tiada lagi tempat bergantung,
Hanya Kau yg berkuasa,
Kau jualah yg mengetahui segalanya,
Kau jualah yg memegang hidup dan ajalku.
Aku merayu Ya Allah,
Jadikanlah kesudahan yg terbaik bg umurku,

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati,Uncategorized

7 Comments Add your own

  • 1. cikyuz76  |  July 11, 2011 at 4:12 am

    mhon utk share

    • 2. hatikumiliktuhanku  |  July 12, 2011 at 4:56 pm

      silakan sangat2 dialu-alukan

  • 3. ساريماله أسمران  |  July 17, 2011 at 12:41 pm

    mohon share..syukran

  • 4. أحمد ترمذي عبدجلال  |  October 18, 2011 at 5:50 am

    Amin

  • 5. ayu  |  April 22, 2012 at 6:07 pm

    Kalau blh share

    • 6. hatikumiliktuhanku  |  April 23, 2012 at 6:19 am

      silakan

  • 7. iez  |  July 11, 2012 at 3:21 pm

    mohon copy ayat d atas.. syukran..


Leave a reply to hatikumiliktuhanku Cancel reply

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed