Cintailah Allah, cintailah rasul…

April 18, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Sejenak merenung diri, cuba kita hisab satu persatu amal kita pada hari ini.Adakah kita telah menyandarkannya hanya semata-mata kerana Allah.Adakah kita telah melaksanakannya seperti rasulullah.Lidah mungkin mudah berkata Aku mencintai Allah, Aku mencintai rasululullah.Namun begitu, sejauh mana telah kita buktikannya dengan amal perbuatan kita, dengan akal fikiran kita, dengan pertuturan kita.

Cinta Allah dan cinta rasululllah itu terasa jauh apabila Al-quran itu tidak kita amati dan teladani, sementara sunnah rasululllah tidak kita ketahui dan tidak kita ikuti.Aku tidak merujuk kepada sesiapa malah cuba untuk menghisab diri sendiri.Sama-sama kita fikirkan.Kita jadi berang bila komik rasulullah dilukis dengan ayat2 penghinaan, kita merasa tertekan apabila umat Islam diinjak-injak di Tanah Palestin.Namun apa yg kita buat untuk menaikkan nama Islam.

Tersedar dari rehat hujung minggu yg panjang baru aku tersedar, aku dan kita umat Islam terutama rakyat Malaysia terlalu selesa dengan kehidupan kita pada hari ini.Sehingga kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita hidup senang di atas penderitaan orang lain.

Kita melihat bagaimana Rasulullah berdakwah untuk menegakkan Islam di thaif sehingga darahnya dikatakan becak ke tanah.Baginda dilempar batu oleh penduduk tempatan yg menolak ajaran Islam.

Jika Islam tidak tersebar ke jazirah arab yg lain mana mungkin aku dan rakyat malaysia yg lain dapat menikmati manisnya hidup sebagai seorang Muslim jika tiada saudagar Arab yg berdagang ke Melaka.

Berpakaian menutup aurat merupakan sesuatu kemuliaan walaupun sering dipandang oleh golongan liberal sebagai ketinggalan zaman.Dengan memakai pakaian yg menutup aurat seorang wanita itu dapat mengelakkannya daripada diusik atau di kacau oleh pemuda-pemuda jalanan di kompleks membeli-belah.

Salahnya kita pada hari ini yg menganggap pakaian sebegitu rupa menjadikan wanita Islam kelihatan kolot dan tak menarik perhatian mata yg memandang.

Aku cuba untuk mencari hikmah-hikmah tersembunyi di sebalik syariat Allah.Dunia hari ini dapat menyaksikan bahawa Islam bukanlah lagi kebanggaan namun, ianya dilihat sebagai ketinggalan, keganasan, dan penindasan.Kenapa jadi begitu?

Ini adalah kerana umat Islam tidak lagi berasa I’zzah dan Mulia dengan Islam sebagai agama mereka.Sedikit demi sedikit mereka meninggalkan cara hidup Islam dan meniru gaya barat yg dianggap seiring dengan kemajuan dan ketamadunan dunia.

Jika kain yg singkat dan baju yg ketat dikira bertamadun kita mungkin silap.Kerana orang yg berpakaian sebegitu adalah dari zaman purba kala yg masih belum mengenal teknologi pembuatan baju yg sempurna,Sama-samalah kita fikirkan.Cuba kita perbaiki segala kelemahan diri.Kerana jika kita memperoleh cinta Allah dan RasulNya maka Allah akan mempermudahkan kita memperoleh cinta hambaNya.Dan aku pasti itu adalah impian kita semua.InsyaAllah

Wallahu’alam

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: