Seorang Pak Cik yg sangat aku kagumi

April 14, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Hari ini merupakan hari ketiga aku di Hospital Seberang Jaya.Aku masih dalam usaha menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sini yg aku rasakan sangat cepat.Rasanya seperti aku tidak pernah belajar apa-apa.Ya Allah aku mohon dengan yg amat sangat agar Kau permudahkanlah segala usahaku dalam menuntut ilmu perubatan yg aku rasakan semakin hari semakin mencabar.

Di sebalik kepenatan berulang -alik dari main island ke Seberang Jaya, aku bersyukur dipertemukan dengan seorang pak cik yg umurnya sebaya dgn tokwan aku.|Dia banyak mengajarkan aku erti kehidupan walaupun pertemuan aku, kak syida dan dia bersama seorang cucunya yg setia menemani datuknya di sisi hanyalah buat seketika.

Pak cik ini kelihatan naif sekali , barangkali kerana keadaan penyakitnya yg agak teruk.Subhanallah dlm keadaan sebegitu dia masih mahu memberi peringatan kepada cucunya.Mengingatkan cucunya mengucapkan syahadah, mengajarkan cucunya membaca doa sebelum meminum air.Aku jadi tersentuh melihat pak cik itu yg tak henti-henti mngucapkan zikir.Mengingati Allah dalam keadaan bersahaja dalam setiap ayat-ayatnya.

Barangkali kerana didikan yg baiklah , cucunya yg belajar nun jauh di Kuala Lumpur balik menemani datuknya sehingga sanggup meninggalkan kelas.Di wajah pak cik itu terpancar sinar ketenangan.Aku dapat lihat tanda sujud pada dahinya.Ya Allah sembuhkanlah penyakit pak cik itu.

Sesungguhnya melihat keadaanya , aku tertanya adakah amalku telah cukup untuk berdepan dengan Allah?
Berdepan dgn pesakit-pesakit yg mempunyai pelbagai kisah duka dan lara, membuatkan aku terfikir, jika aku berada di tempat mereka adakah mampu aku menjadi sebaik ,setabah dan sesabar mereka dalam keadaan kesakitan yg amat sangat..

Ya Allah Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu sembuhkanlah mereka semua yg sedang mengharapakan bantuan daripadaMu.

Wallahu’alam

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: