Penyakit hati dan Penawarnya Part 2–Riak

February 18, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ada apa dengan hati? Di dalam hati tersimpan seribu rahsia yg mungkin tak terungkap dengan kata-kata.Hati ini perlu dijaga daripada sebarang penyakit yg mampu merosakkannya.Kita hamba Allah tidak dapat tidak pasti pernah menghadapi penyakit hati.

Apabila kita tersedar akan hal ini marilah kita cepat-cepat mengubatinya.

Firman Allah

Katakanlah “Wahai Muhammad sekalipun kamu semua sembunyikan apa-apa yg ada di dalam hatimu atau kamu tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah”

Ali-Imran:Ayat 29

Seperti sabda rasulullah S.A.W ” Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasadnya. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Dan daging itu ialah hati”

Pintu hati adalah pancaindera, mata yg melihat, tangan yg merasa, hidung yg menghidu.Kita manusia terlalu banyak khilafnya, terkadang melihat perkara-perkara yg haram dalam keadaan sengaja atau tidak.Astaghfirullah hal ‘Azim..

penyakit hati yg pertama ialah Syirik

Syirik

Syirik yg ingin diketengahkan kali ini ialah riak.Riak ialah apabila kita meletakkan sesuatu lebih daripada Allah .Sepertimana kita menyayangi harta, duit, orang yg tersayang melebihi Allah.

Melakukan sesuatu untuk mendapatkan sanjungan atau pujian daripada seseorang.

Cakap memang mudah.Namun, untuk menghindari penyakit riak ini bukanlah senang.Kita perlu berusaha keras menghindari perasaan riak ini.

Sebagai contoh, di sepertiga malam kita bangun bertahajud kepada Allah berseorangan di saat itu kita merasakan kita lah yg terbaik dari segi amalan..

Dalam situasi ini kita perlu bekerja keras untuk ikhlas meluruskan hati kita beribadah kepada Allah.Semakin tinggi keimanan seorang semakin kuat dugaannya.Setan-setan yg berpangkat tinggi menyerang hamba Allah itu dengan serangan bertubi-tubi.

Ayuh kita berusaha!!!!

Kita tak berhak mencop seseorang itu riak.Hanya dia dan Allah sahaja yg tahu jika dia melakukan sesuatu itu untuk menunjuk-nunjuk atau tidak.

Hanya Allah yg lebih tahu segala isi hati.

Dalam kita menjaga keikhlasan hati janganlah kita terlalu menghukum diri kita sehingga kita takut untuk beramal kerana kita takut mempunyai perasaan riak.Kita perlu menyeimbangkan antara perasaan takut dan harap kepada Allah.Takut akan azabnya dan harap akan rahmat dan pengampunannya.

Penawar penyakit riak adalah Ihsan.
Ihsan adalah melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah di hadapan kita dan sesungguhnya kita percaya bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Sama-samalah kita mencuba menghindari riak

Wallahua’alam…

Entry Filed under: Uncategorized

2 Comments Add your own

  • 1. fmtt  |  May 31, 2011 at 2:48 am

    TErima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat ini

    • 2. hatikumiliktuhanku  |  June 5, 2011 at 4:07 pm

      Sama-sama


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: