Kenapa jadi begitu?

February 13, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahim..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam Aku menonton rancangan Nasi Lemak Kopi ‘o’ di TV9 pada jam 8pg.Aku tertarik dengan salah satu bingkisan yg dipaparkan “Syaitan Cyber”.

Subhanallah,
Pengakuan beberapa orang melayu muslim yg mengakui melihat dan menyebarkan video pornografi, membuatkan aku terfikir apakah akan terjadi kepada anak bangsaku.Ya Allah selamatkanlah akhlak dan aqidah umat Islam.Aku tidak paham bagaimana mereka tanpa segan silu merakamkan perbuatan terkutuk yg dilakukan oleh rakan-rakan mereka bersama teman wanita mereka.Merakam itu satu hal melakukan zina itu pula satu hal yg lain.Aku jadi bingung melihat realiti kehidupan remaja masa kini yg terus hanyut dengan tuntuan nafsu yang tak terkawal yg akhirnya menyebabkan lahirnya anak-anak luar nikah yg tidak berdosa.

Apa yg lebih memalukan rata-rata video pornografi yg ditonton adalah ‘lakonan anak melayu’.Tekakku meloya , hati ku hancur mendengar fakta yg sungguh memalukan ini.Aku tak tahu salahnya di mana.Namun, yg pasti setiap responden yg memberi pendapat memberitahu bahawa mereka menjadi ketagihan setelah mereka menonton video tersebut setelah menontonnya buat kali pertama

Aku jadi sedih apabila mendengar seorang anak luar nikah yg menelefon ustaz di TV9 dan menanyakan kedudukannya dengan bapa .Seorang anak yg tidak sah taraf tidak mempunyai hal pewarisan serta boleh berkahwin dengan ayah ‘kandungnya’.Adakah kita mahu melihat anak kita hidup terhina sepanjang umurnya kerana terpaksa menanggung malu akibat perbuatan kedua ibu bapanya.Ya Allah jauhilah kami daripada segala bentuk penzinaan

Aku teringat akan firman Allah tentang larangan menjauhi zina
’32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ‘ surah al isra’

Allah menghalang kita menghampiri zina kerana implikasinya mampu merosakkan seluruh keturunan.Dunia yg kita rasakan selamat ini menjadi terancam apabila kanak-kanak comel seperti Nurin Jazli tidak lagi bebas bermain-main bersama teman di luar sana kerana khuatir akan kecelakaan yg tidak mampu dijangka.

Bak kata org dari mata turun ke hati.Penglihatan itu menjadi pintu kepada amalan Tidak kira amal kebaikan atau kejahatan.Apabila kejahatan yg kita lihat maka kecenderungan untuk melakukan kejahatan itulah akan membuak-buak.Kita perlu sentiasa ingat bahawa nafsu ini sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Sealim mana pun seorang itu, mampu tertewas apabila nafsu mempengaruhi akal fikiran.Al-Quran itu menyuicikan akal fikiran serta menjernihkan hati.Terkadang kita malas membaca al-Quran, cubalah kita dekatinya dengan membaca sepotong ayat.Aku juga sedang mencuba untuk istiqamah.Aku takut jika kita menjauhi Allah ,Allah akan meninggalkan kita berseorangan untuk bertarung dgn nafsu dan juga syaitan yg sentiasa mengajak kepada kemungkaran.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dimanakah kita letakkan akal dan hati kita.Jangan biarkan nafsu mengawalnya.Biarkan sahaja iman yg membelainya.Aku harap kita akan tetap memelihara kesuciannya , agar kesucian umat serta keturunan kita terus terpelihara.

Wallahua’lam

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: