Wanita berasal daripada tulang rusuk lelaki?: 2

January 31, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sumber:Islam Moden Dr Danial Zainal Abidin Di Mutiara FM

Menurut ilmu embryology
Sains telah membuktikan air terpancar, menjadikan asal usul terjadinya manusia
-air yg terpancar daripada lelaki mengandungi sperma
-air yg terpancar daripada perempuan pula mengandungi ovum

Menurut Wikipedia

http://www.physorg.com/tags/sperm+cells/

“Sperm cells were first observed by Anton van Leeuwenhoek in 1677.”

Kalau nak dikirakan penemuan ini berlaku sekitar 1098 Hijrah.

Menurut Al-Quran

Allah telah pun menyatakan hal ini kira-kira 1000 lebih awal daripada Saintis barat
Berdasarkan firmanNya di dalam surah al-insaan dan ath-thaariq

Surah ath-thaariq: ayat 5-6

5. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?
6. Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,

Surah al- insan: ayat 2

2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur[1535] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

[1535]. Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.

Hamka telah mengarang kitab tafsir-Al-azhar yg mengatakan bahawa
Ahli-ahli ijtihad tak membantah hadis yg mengatakan perempuan dijadikan drp
tulang rusuk kerana ia adalah hadis yg sahih.
Namun, ia tidak menjadi hujah yg kuat bahawa Hawa dijadikan
Atau wanita lain yg dijadikan daripada tulang rusuk suaminya.

1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu

[263]. Maksud dari padanya menurut jumhur mufassirin ialah dari bagian tubuh (tulang rusuk) Adam a.s. berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Di samping itu ada pula yang menafsirkan dari padanya ialah dari unsur yang serupa yakni tanah yang dari padanya Adam a.s. diciptakan.

Ambillah perbezaan pendapat ulama’ sebagai suatu rahmat dalam menerokai ilmu Allah yg luasnya tak bertepi.

Oleh kerana Islam memberikan kebebasan ijtihad.Jadi tak ada kesalahan jika ada perbezaan pendapat.Tak keluar seseorang itu daripada Islam jika ada pecanggahan pendapat. Ini adalah kerana perbahasan ini tak melibatkan aqidah

Jika ada kajian untuk megetahui adakah wanita dijadikan daripada rusuk lelaki bolehlah dijalankan

Buat setakat ini penemuan saintifik telah membuktikan awal kejadian manusia adalah daripada air yg terpancar yg mengandungi campuran benih.Sebagai saintis Islam peluang untuk mengkaji kaitan antara ciptaan wanita dan tulang rusuk masih terbuka luas.

Mengikut riyadussalihin susunan imam an-nawawi hadis yg mengatakan perempuan itu berasal daripada tulang rusuk lelaki diletakkan dalam bab pembahagian wasiat untuk menjaga wanita dengan baik.

Jadi kebanyakan ulamak berpendapat hadis ini adalah sesuatu yg simbolik.
Lelaki dan wanita tidak boleh hidup tanpa satu sama lain.Dengan erti kata lain mereka saling memerlukan.Tanpa tulang rusuk kita tak mampu bernafas kerana mekanisma pernafasan memerlukan tulang rusuk untuk bergerak untuk meningkatkan isipadu rongga badan dan membenarkan udara masuk.

Kita juga sering mendengar kata-kata pujangga:

—-Wanita itu diciptakan daripada rusuk lelaki,dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung bukan juga di kaki untuk dikasari——

Barat mengatakan Islam menindas wanita dalam pembahagian wasiat kerana lelaki menerima 2/3 harta pusaka manakala wanita 1/3 .

Hakikatnya bukanlah begitu.Seorang lelaki yg soleh tidak akan lalai dalam memberikan nafkah kepada wanita.

Ini adalah kerana Islam telah menggariskan bahawa lelaki atau suami bertanggungjawab memberikan nafkah kepada isterinya,anak-anaknya, adik beradik perempuannya.Mereka juga bertanggungjawab menjaga kedua ibu bapa mereka

Berlainan pula dengan perempuan.Setelah berkahwin dia telah menjadi tanggungjawab penuh si suami.Segala makan pakainya ditanggung oleh suami.
Harta isteri adalah hak mutlak dirinya.Suami tidak boleh menuntutnya melainkan isterinya memberikannya dengan suka rela.

Indahnya Islam itu akan kita dapati jika kita meneliti hikmahnya.Semoga Allah menunjukkan segala hikmah-hikmah ciptaanNya agar keimanan kita semakin bertambah.

Wallahua’lam.

Entry Filed under: hikmah ciptaan/syariat Allah,tazkirah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: