Sukarnya apabila perlu memilih….

January 31, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, dengan izinNya jua aku masih mampu menulis coretan rasa dan berkongsi cebisan ilmu yg aku peroleh di Talk:The Disease of the Heart and Its cure.

Awal pagi tadi aku bertolak ke City Centre untuk ke UCD dengan harapan aku tak terlewat.Alhamdulillah aku sampai seperti yg telah aku rancangkan.Aku berharap aku dapat mengutip sedikit mutiara ilmu kemudian bergegas ke Dublin Airport menghantar sahabat-sahabatku yg akan pulang ke Malaysia.

Namun, aku hanya merancang Allah lebih mengetahui, aku menanti dengan penuh sabar .Acara masih tak bermula. Aku jadi gelisah, aku sangat-sangat ingin mendengar ceramah ini.Dan aku juga tak mahu melepaskan peluang menghantar sahabat ku di Dublin Airport .Aku tersepit di antara kedua-duannya. Allah sahaja tahu betapa sukarnya untuk aku membuat keputusan ini. Perasaanku bercampur- baur

Dulu sewaktu Speaker Tour in Ireland, Syeikh Yusha Evan menyampaikan tajuk yg sama, namun aku tak mampu pergi kerana ianya diadakan di Belfast.Musibah yg berlaku mengizinkan aku pergi ke talk di UCD.Aku masih teringat di saat aku menerima emel yg mempromosikan program tersebut aku rasa sgt kecewa kerana tarikhnya clash dengan pemergianku ke Mesir.Namun,perancangan Allah mendahului segala-galanya.

Sukarnya apabila perlu memilih.Ikutkan hati aku mahu sahaja hadir dalam kedua-dua event.Namun, apabila keadaan tidak berlaku seperti yg kita rancangkan akhirnya kita terpaksa memilih.

Aku pasti kita semua pernah atau akan merasai pengalaman sukarnya membuat pilihan ini.Sewaktu ceramah tadi,Speaker:Imam Masjid Galway ada menerangkan sedikit sebanyak tentang Solat Istikharah…

Di saat kita tertekan kerana tidak tahu membuat pilihan , lakukanlah solat istikharah.
Mintalah pada Allah agar ditunjukkan keputusan yg terbaik.Hasilnya apabila kita telah membulatkan tekad untuk memilih kita tidak lagi berasa ragu-ragu.Aku kesal dengan diriku kerana tidak berfikir tentang itu sebelum ini.

Istikharah membuatkan kita berlapang dada dan redha dengan pilihan yg telah kita buat dan bersedia menerima apa juga implikasi tindakan tersebut kerana kita yakin itulah yg terbaik berdasarkan petunjuk Allah.Kita merasa tenang dengan keputusan yg diambil.

Dari Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita cara melakukan solat istikharah – yakni memohon pilihan kepada Allah, manakah yang terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara – dalam segala macam urusan, sebagaimana beliau s.a.w. mengajarkan surat dari al-Quran.

Baginda s.a.w. bersabda:
“Jikalau seseorang dari engkau semua berkehendak pada sesuatu perkara, maka
hendaklah bersembahyang dua rakaat yang tidak termasuk solat fardhu, kemudian
ucapkanlah – yang artinya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku minta petunjuk yg baik dgn pengetahuanMu, dan aku minta diberi kekuatan dgn kekuatanMu, dan aku minta kemurahanMu yg luas, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui perkara-perkara yg ghaib

Ya Allah!Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku, buat agamaku, penghidupanku, dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah ia bagiku.

Sebaliknya jika Engkau tahu bahawa perkara ini jahat bagiku, bagi agamaku, penghidupanku, dan hari kemudianku, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan berikanlah kebaikan di manapun jua ia berada, kemudian jadikanlah aku org yg redha dengan pemberian itu”

Baginda s.a.w. bersabda: “Dan orang yang melakukan istikharah itu supaya
menyebutkan apa yang menjadi hajat keperluannya.” (Riwayat Bukhari)

Ketenangan jiwa itu hadiah termahal daripada Allah.Hargailah ia dan sama-samalah kita berusaha mendapatkannya dan mengekalkannya dengan membaca Al-Quran, bersedeqah, memaafkan kesalahan orang lain, dan melangsaikan hutang- piutang

Wallahu’alam

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: