Wanita berasal drp tulang rusuk lelaki ?: 1

January 26, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim

Wanita berasal drp tulang rusuk lelaki?

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

“Berwasiatlah engkau semua kepada kaum wanita dengan yg baik-baik, sebab sesungguhnya wanita itu dibuat dari tulang rusuk dan sesungguhnya selengkung-lengkungnya tulang rusuk ialah bahagian yg teratas sekali.Maka jikalau engkau mencuba meluruskannya maka engkau akan mematahkannya dan jikalau engkau membiarkan ,maka ia akan tetap melengkung selama-lamanya.Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yg baik-baik kepada kaum wanita itu.”

(Muttafaq’alaih)

Ketika masih berada di Tahun Pertama di kolej perubatanku aku mempelajari “Anatomy of the Thorax”.
Aku masih lagi ingat professor anatomy ku sering kali menekankan bahawa aku perlu ingat rusuk yg pertama paling kecil dan paling bengkok.Aku hanya mengetahui nya ketika umurku telah mencecah 20 tahun,

Sedangkan rasullullah telah pun bersabda dalam Hadisnya seperti yg telah aku sebutkan di atas 1431 tahun yg lalu.Di saat tiada peralatan pembedahan.Dan rasulullah juga tak tahu membaca.Adakah lagi keraguan di hati kita bahawa Rasulullah itu memang benar pesuruh Allah.

Siapa lagi yg lebih tahu, jika bukan Allah..

Segala pertuturan dan perlakuan rasulullah datangnya daripada Allah….

Lihatlah apa yg ada di sekeliling kita agar kita lebih merasakan kewujudan Allah yg Maha Esa.
Siapakah yg menahan awan di langit daripada jatuh berkeping-keping menimpa kita

Aku bukanlah baru masuk Islam.Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai muslimah.Namun sedih hatiku, kerana terlalu sedikit ilmu ku tentang Rasulullah. Yg syahadatnya aku ucap sehari-hari lewat solat ku.

Ya Allah bukakanlah pintu hati ini untuk mempunyai minat yg tinggi mempelajari Al-Quran dan Hadis RasulMu.Sebagaimana engkau telah mencampakkan minat ke dalam hatiku untuk membaca buku perubatan ku yg tebalnya sejengkal .

Ya Allah ampunillah aku jika aku salah, ingatkanlah aku jika aku. Jauhilah aku daripada sifat riyak , sombong dan takabbur.

InsyaAllah bersambung lagi…

Wallahua’lam

Entry Filed under: hikmah ciptaan/syariat Allah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: