Siapakah seorang doktor?

January 26, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Lewat petang ni aku terbaca sebuah blog yg mencerita kisah kehidupan seorang doktor yg terpaksa bekerja 33jam tanpa henti, merasakan dirinya tak dihargai kerana dibayar gaji yg sedikit.

Aku tidak tahu mahu memberi tindak balas yg bagaimana apabila membaca pernyataannya.

Bagi yg berminat bolehlah membacanya

Aku juga insyaAllah, dengan izinNya akan menjadi seorang doktor dalam beberapa tahun lagi.Cuma yg aku harapkan aku diberikan kekuatan menempuh hari-hariku yg sungguh sibuk dan memenatkan dengan penuh sabar dan ikhlas.Janganlah ya Allah, Kau biarkan aku merungut ataupun terlalu mementingkan nilai material sehingga mengenepikan nilai murni menjadi peyelamat nyawa dengan izinMu.

Dalam aku membaca blog itu, aku tertarik dengan kata-kata seorang Pakar Jantung @Cardiologist yg mengatakan bahawa tugas seorang doktor itu mulia dek kerana dia diberikan ilham dan pengetahuan oleh Allah subhanahuwa ta’ala untuk mengendalikan nyawa manusia seizin Allah tuhan pemilik segala apa yg ada di langit dan di bumi.Tak semua org diberikan Allah kemahiran itu.Seharusnnya nikmat itu disyukuri.

Namun begitu, sebagai seorang doktor hendaklah kita menjauhi segala rasa angkuh dengan segala ilmu yg kita perolehi.Pesakit akan mengikut nasihat doktor untuk memastikan kesihatannya beransur pulih.Namun, manusia itu hanya mampu berusaha, segala kesembuhan itu adalah milik MUTLAK Allah subhanahu wa taa’la

Sebelum memilih jurusan perubatan ni, ramai kaum kerabatku, bertanya:

Medik ni susah, boleh ke nak belajar?Nasib baik akak tak medik, kalau tak makan , minum tidur ngan buku je…
Tak takut penat ke , kerja siang malam ?
Macam mana nanti nak kahwin kalau asyik sibuk ja kat hospital?
Tak takut ke nak pegang mayat ?
Tak geli ke tengok nanah ?

Begitulah kira-kiranya soalan yg dilemparkan kepadaku.Ada juga yg berkata kepada ayah ku sebelum aku berlepas keluar negara.” Kalau anak tu laki senang hati sket”

Subhanallah begitulah byknya soalan -soalan yg dilemparkan kepada ku.Soalan ini insyaAllah akan menguatkan semangat aku untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.Aku tahu medik ini bukanlah sesuatu yg mudah, namun aku juga merasakan hatiku tidak mampu untuk meminati selain daripada itu.

Bak kata ayah ” Setelah kita memilih sesuatu jangan pernah rasa ingin berpatah balik ke belakang”

Begitu juga sabda Tuhanku dalam surah alam -nasyrah

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

Aku percaya tiada sesuatu yg mustahil jika kita mahukannya.Yg pasti kita perlu berusaha dangan penuh kesungguhan di samping tidak berhenti-henti berdoa memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan yg cemerlang…

Allah pernah berfirman dalam surah Ali Imran:

110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Kitalah ummah yg terbaik sekiranya kita beriman .Semuanya akan menjadi ibadah jika kita melakukannya kepada Allah..Segalanya akan menjadi mudah jika kita tak pernah mengalah terus menadah memohon inayah daripada Allah azzawajalla.

I love medicine, May Allah enlighten and stregthen my heart and soul towards it.InsyaAllah..

Wallahua’lam

Entry Filed under: me as student,Uncategorized

2 Comments Add your own

  • 1. wardah  |  May 24, 2011 at 11:13 am

    Amin…saya doakan kejayaan anda di dalam bidang yang diceburi ini. Jangan sesekali mengalah, akan sentiasa ada seseorang yang sentiasa mendokong anda meskipun anda tidak mengenalinya.

    • 2. hatikumiliktuhanku  |  May 24, 2011 at 12:31 pm

      Jazakillah hu khairan kathira.Terima kasih atas doanya.InsyaAllah saya akan mencuba yang terbaik.Dua hari lagi saya akan ada exam, tolong doakan saya ya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: