Nikmat Manakah Yg Kamu Dustakan?~Laskar Pelangi

January 22, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Ya Allah maafkan aku jika pernah aku mendustakan mana-mana nikmatmu.Sesungguhnya aku khilaf.
Alhamdulillah, exam final ku telah selamat aku akhiri.Aku harapkan Ya Allah, agar berikanlah kejayaan yg paling cemerlang kepada aku serta sahabat-sahabatku, janganlah kau biarkan kami gagal.Lembutkanlah hati pemeriksa yg akan menanda kertas exam kami agar memberikan markah yg paling tinggi kepada kami.

Ini merupakan kali pertama aku menonton cerita Laskar Pelangi sekalipun telah lama sahabatku mengesyorkannya kepadaku.Barangkali waktu itu aku tidak punya masa.Study perlu didahulukan kerana ia adalah amanah yg diberikan seluruh rakyat Malaysia yg menampung segala perbelanjaan pembelajaran ku selama 7 tahun.

Seusai aku menonton kisah ini, hatiku menangis.Menangis kerana aku terleka dengan kesenangan hidupku.Terlalu banyak nikmat yg Allah berikan kepada diriku.Kisah ini menceritakan 10 org kanak-kanak miskin yg berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.

Sekolah mereka ibarat pondok buruk yg menanti masa rebah ke bumi.Mereka tidak punya buku-buku untuk menelaah pelajaran, yg ada hanyalah surat khabar lama yg dikumpulkan daripada kedai runcit atau bekas membalut makanan.SubhanaAllah, begitu susahnya mereka.

Namun, mereka rajin menelaah pelajaran mereka.Ada di antara mereka yg terpaksa mengharung hutan,bertemu dengan buaya dan ular untuk ke sekolah setiap hari, terpaksa memberhentikan basikal, menunggu sehingga dirasakan keadaan di situ selamat untuk dilalui.

Menjaga adik-adik kerana ayah bekerja ibu sudah tiada.Turun ke laut membantu ayat mencari sesuap nasi.Aku jadi sedih , bila pelajar ini digambarkan sebagai pelajar yg genius matematik terutamanya.Tanyalah soalan apa pun dia tidak perlu menulis hanya mengira dengan otaknya sahaja terpaksa meninggalkan sekolah setelah ayahnya meninggal dunia ketika mencari rezeki di laut.Sudahlah tidak beribu, kini tidak berbapa.Dia sekarang perlu bekerja menyara adik-adiknya yg masih kecil

Aku jadi teringat kepada kisah yg diceritakan oleh ibuku.Padd suatu hari aku dan keluargaku ke pasar malam.Ada seorang penjual petai menegur ibuku.Rupa-rupanya dia adalah rakan sekolah ibuku.Setelah kami berlalu dari gerai itu ibu menceritakan bahawa pak cik adalah pelajar yg paling pintar di dalam kelasnya.Sentiasa mendapat nombor satu dlm setiap ujian.Namun, disebabkan kesempitan hidup dia tak mampu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yg lebih tinggi.Aku jadi sedih

Wahai sahabat-sahabatku, aku menyeru kepada diri ini dan kalian semua agar bersungguh-sungguhlah kita dalam melaksanakan setiap pekerjaan kerana kita memiliki segala keperluan malah melebihi kapasiti yg kita perlukan.Jika ada perasaan malas ke kelas, malas belajar ingatlah insan-insan yg ingin belajar tetapi mereka tak mampu bukannya mereka tak mahu.Ya Allah jadikanlah kami hamba yg sentiasa melakukan sesuatu sebaik mungkin demi mencapai redha dan rahmat daripadamu..

Wallahua’lam

Entry Filed under: syukur dgn nikmat,tazkirah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: