Seorang yg cantik

December 8, 2009 hatikumiliktuhanku

http://muharikah.wordpress.com/2007/05/21/seorang-yang-cantik/
Salam article ni sangat menarik untuk saya kongsikan bersama oleh kak Aisyah ,

Salam

semalam hosmet saya galak memerhatikan friendster mereka dan memerhatikan gamba-gambar kenalan mereka di situ…

Sebenarnya perkara itu bermula dari saya.. semalam saya baca berita tentang perkahwinan Raja Nazrin Syah dengan Zara Davidson. Maka kami sibuklah mencari gambar dan video perkahwinan raja muda terkenal itu. ( Saya sendiri tak kenal Raja Nazrin sampailah seorang adik saya beritahu yang tiap kali Raja Nazrin pergi ke kolejnya, semua budak perempuan mesti wish nak kahwin dengan raja muda tu….fuyooo… hebatnya!)

Pada saya Raja Nazrin itu memang seorang intelek. Bagus kalau dia dapat memimpin negara Malaysia sebab takdelah nanti Malaysia terbazir mengeluarkan duit yang tidak ada faedahnya. Semua tahu Raja Nazrin menolak sumbangan negeri untuk membiaya perkahwinannya. Dan saya tengok video perkahwinannya walaupun memang macam perkahwinan diraja, tapi agak simplelah berbanding dengan perkahwinan artis-artis lain. Ke sebab saya tengok video separuh je?Cuma,harapnya, di masa akan datang, semua perkahwinan akan menutup aurat.. huhuhu..

Anyway, just nak sentuh bab kecantikan.

Semalam kami tengok gambar Zara, isteri Raja Nazrin, walaupun sudah berumur, tapi tetap ayu dan cantik.

0058.jpg

Dan hosmet saya pula teruslah bercerita tentang kawan mereka yang cantik. Maka digeledahnya mereka gambar-gambar kawan mereka di friendster. Ada yang saya akui memang cantik, tapi tak semena-mena terdetik di hati saya;

Dah lama aku tak melihat seseorang itu kerana kecantikannya….

ejak saya mula mengenal Islam dan semenjak saya bersahabat di atas satu aqidah, saya tidak sedar bahawa saya dilatih untuk menyukai, menyenangi malah menyayangi seseorang itu bukan pada parasa rupanya.

Memang betul setiap orang sukakan kecantikan. Saya ada seorang kawan yang memang cantik rupawan, ibarat Sofea Jane. Setiap kali berjumpa dengannya, memang saya akan leka memandang wajahnya. Apatah lagi dia memang seorang yang sangat best dan memang seorang kawan yang baik. Memang di sekolah dulu, dia sangat ramai peminat, di mana-mana sahaaj dia pergi, kawan lelaki tak pernah lengang dari mengusiknya.

Memang fitrah manusia sukakan kecantikan. Sehinggakan saya pernah terfikir, kenapalah Allah tak jadikan saya cantik macam kawan-kawan saya yang lain? Even saya memang tak reti nak berhias. Pada saya simple itulah yang paling menyenangkan hidup saya. Pada saya sangat serabut kalau nak kene pergi kenduri kahwin dan mak saya selalu suruh saya berlawa-lawa..

Arrhh!! Memang tak reti!

Kemudian saya refleksi semula apa yang terjadi pada kawan-kawan saya yang cantik. Ya, mereka memang mendapat anugerah dari Allah yang berharga. Jika mereka menawarkan diri untuk berkahwin, mungkin ratusan orang akan masuk meminang. Namun mereka diuji dengan satu ujian yang besar…

Itulah dia fitnah kecantikan.

Sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Barangsiapa tidak kuat imannya, dia akan jatuh terjerumus di dalam fitnah itu. Dia akan bergelumang dengan banyaknya maksiat. Jika kamu semua pernah keluar dengan orang cantik, mesti kamu semua akan perasan yang selama ini tidak ramai lelaki memerhatikanmu, tetapi bila keluar dengan kawan kita yang cantik itu, mesti akan perasan betapa ramai mata lelaki yang melilau ke arah sahabat kita itu.

Akan ada ramai orang yang akan kacau, nak berkenalan, nak jadikan teman wanita, dan paling dahsyat, nak ikut sekali balik ke rumah, walaupun baru hanya bertemu di tepi jalan.

Ada juga lelaki yang mengambil kesempatan mengambil gambar perempuan yang cantik ini dan meletekkannya di dalam website untuk tatapan hawa nafsu mereka.

Seorang ustazah bercerita, jika seorang lelaki melihat wanita, pandangannya boleh menembusi pakaian kita. Jika dia melihat tengkok wanita, akan bergeloralah hawa nafsu mereka.

Dalam keghairahan wanita menonjolkan kecantikan mereka, mereka sebenarnya telah menyeksa batin seorang lelaki yang memang nafsunya yang satu itu pada wanita.

Setelah saya mengenali tarbiyah dan jalan dakwah, saya mula memahami bahawa ikatan hati kita adalah berdasarkan ikatan aqidah. Ternyata di dunia ini lebih ramai wanita yang kurang cantik berbanding yang cantik. Namun apabila telah terikatnya hubungan aqidah itu, seolah-olah pandangan fizikal kita pada sahabat kita itu telah terangkat, malah kita mula melihat dia dengan pandangan mata hati kita. Kita mula melihat ‘kecantikan’ akhlak, peribadi dan ketaatan kepada Allah. Itulah yang menyejukkan hati kita.

Walaupun tidak cantiknya diri ini dan sahabt-sahabat lain, itu tidaklah penting sama sekali! Apalah ada pada wajah yang cantik, jika kecantikan itu didagangkan, diperlihatkan kepada umat dunia dan sibuk diperkatakan oleh lelaki-lelaki yang tidak soleh?

‘ Weyh, jom arh turun malam ni. Ramai ‘hot chick’ malam ni!’

Weyh, ingat kami ini barang apa ha?!!!

Peliknya ramai perempuan di dunia ini sangat suka jika dia mempunyai ramai peminat lelaki dan sering menjadi perbualan teruna-teruna yang mahu mengambil kesempatan atasnya.

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya atau pandang lama-lama.

Islam mengangkat wanita itu daripada menjadi perkara yang hina di mata lelaki kepada manusia yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Sebab itu kita harus menilai kecantikan itu bukan pada zahiriyahnya tapi pada maknawiyahnya. Isi hati yang baik, akan memancarkan peribadi yang baik dan bercahaya.Fizikal yang tidak cantik itu akan menjadi menawan jika keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah adalah kuat.

Jika kita tidak selalu jeles orang lebih cantik dari kita, kita takkan berusaha sangat nak jadi cantik. Tapi jika kita jeles kawan kita itu lebih taat pada Allah, maka kita akan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.

Jika kita sayang pada sahabat kita bukan kerana wajahnya, tetapi kita sayangkan dia kerana Allah, maka jika muka dia buruk ke, ada parut ke, ada jerawat ke, kita tetap sayangkan dia. Dan paling penting kita akan dapat merasai kemanisan iman itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yang tiga perkara itu ialah :
1. Mencintai Allah dan Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain
2. Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran, seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api”.

Saya juga pernah bertemu dengan seorang ukht yang tidak cantik pada pandangan saya, tetapi suaminya sangat handsome. saya pun pelik camne akh itu boleh berkenan pada ukht itu. Dan setelah saya mengenali ukht itu, barulah saya tahu betapa tepatnya keputusan akh itu mengahwini ukht itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Seseorang mukmin tidak memperolehi kemanfaatan setelah bertaqwa kepada Allah Azza wa jalla yang lebih baik selain isteri yang solehah, jika suami menyuruhnya dia taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika ia bersumpah kepadanya dia mengiyakan dan jika suaminya pergi (jauh dari pandangan) maka dia memelihara diri dan harta (suaminya)”.
(Ibnu Majah)Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Di antara kebahagiaan anak Adam (adalah) isteri solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik”.
(Ahmad)

Masyaallah, ukhti itu sangatlah alim dan solehah sampailah saya pun cemburu dengan kesolehannya itu…

Wallahu’alam

Entry Filed under: tazkirah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: