Menjadi doktor itu bukan satu kebanggaan

November 24, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah jiwa ini masih lagi diizinkan untuk bernafas.Tetiba sahaja menerjah di benak fikiranku persoalan ini.Banggakah aku menjadi seorang doktor?

SubhanaAllah, di saat aku dihimpit nota-nota yg bertimbun Allah menimbulkan kesedaran bahawa siapalah aku yg ingin berbangga dengan segala ilmu dan kejayaan yg dipinjamkan oleh Penciptaku.Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan, rata-rata apabila ditanya kepada adik-adik yg mendapat 5A.Adik besar nanti adik nak jadi apa ya?
Adik nak jadi doktor, adik nak jadi pensyarah, adik nak jadi engineer dan macam2 lagilah.Yg pasti semuanya hebat-hebat belaka..

Aku dahulu tidak pernah bermimpi akan menjadi seorang doktor.Cita-citaku sedari kecil ingin menjadi seorang pensyarah yg berkelulusan PhD.PhD bagi ku menjadi ukuran kepandaian bg ku yg pada masa itu masih lagi kanak2 ribena.Berbangga-bangga dengan pencapaian itu membuatkan kita gembira.Namun, apa yg kita dapat dengan berbangga-bangga dengan kejayaan kita .Ingatlah akan teguran Allah dalam surah Al Qashash ayat 76

“Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.”

Apakah implikasinya sifat yg tidak disukai Allah ini?Mahukah kita menjemput kemurkaan Allah, atau mahukah kita menimbulkan sikap benci di kalangan sanak saudara atau sahabat handai dek kerana kemegahan kita dengan kejayaan yg sesungguhnya milik Allah.Kita tidak punya apa-apa.Segala jasad, akal fikiran dan segala kesihatan dan nikmat-nikmat lain yg tak mungkin aku mampu menuliskan semuanya.Adalah pinjaman Allah

Sejenak rasa bangga itu muncul cepat2 kita lafazkan istighfar moga kita tak akan menjadi hamba yg mengkufuri nikmatNya ilahi…

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati,me as student,syukur dgn nikmat,tazkirah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: