Diamonds Forever-best talk ever

October 25, 2009 hatikumiliktuhanku

diamonds forever

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Syukur hatiku kerana dipilih olehNya untuk menghadiri talk yg bertajuk Diamonds Forever.Melihat pamplet yg diedarkan oleh ISOC RCSI aku tertarik untuk menghadirinya.Betul kata orang first impression itu penting.Namun bukan itu yg inginku kongsikan di sini.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan penceramah, Ustadh Abdul Lateef, yg berperwatakan sederhana.Beliau ada mengatakan bahawa beza antara seorang itu hidup ataupun mati adalah mati.Hidup dalam penafian ataupun “ignorant” adalah kematian.Kita hidup dengan menikmati segenap nikmat pemberian ilahi ,namun betapa banyak nikmatnya yg kita gagal syukuri.Semakin banyak kita bersyukur semakin bertambah niikmat Allah kepada kita.Dalam Hadis rasulullah, ada mengatakan jika kamu berjalan untuk mendapatkan Allah, seribu langkah Allah akan berlari mendapatkan kamu.

Atas apakah kita perlu bersyukur?Alah soaln senang camni pon nak tanya ka?Adik aku darjah 6 pun boleh jawab.Syukur itu datangnya dari hati atas nikmat Allah.Nikmat keimanan dan ketaqwaa sering kita pandang ringan.Jika kita tak dilahirkan sebagai Islam mana mungkin kita mampu mengecapi rasa manisnya iman.

Seorang lelaki mengadu kepada ibnu Qayyim Rahimatullah ,hartaku telah dicuri oleh seorang perompak.Ibnu Qayyim berkata bersyukurlah kerana hanya harta mu yg dicuri itu boleh kau cari ganti .Namun , jika hatimu dicuri oleh Syaitan aku takut kamu tidak akan pulih seperti sedia kala.Syaitan itu penuh dengan segala tipu daya yg mempersonakan mangsanya agar terjerat ke dalam perangkapnya.

Apa yg Allah mahukan daripada kita hanyalah bersyukur kepadanya selayaknya Dia disyukuri….

Hadis Qudsi:Wahai hambaku waspadalah dengan perbuatan mu .Sesungguhnya kamu akan dipertanggungjawabkan atas setiap sesuatu yg kamu perlakukan..

Keikhlasan menjadi kunci kepada penerimaan amal.Ada 3 fasa keikhlasan
-ikhlas sebelum melakukan perbuatan itu
-ikhlas ketika sedang melakukan sesuatu perbuatan itu
-ikhlas setelah melakukannya

contoh:
Y pergi ke suatu ceramah agama kerana dia benar2 ingin belajar dan mendapatkan ilmu, bukan untuk menunjuk baik atau mengikut kawan atau mencari calon suami atau isteri.
Y mendengar ceramah itu dgn penuh sabar dan tekun bukan kerana dia tak mahu dikatakan tak sopan jika keluar sebelum ceramah itu belum habis dilakukan
Y berasa bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk mendengar ceramah.bukan berasa bangga dan riak kerana dia telah pun melakukan satulagi amal kebaikkan lebih daripada sahabat-sahabat nya yg tidak dtg

begitulah contoh yg diberikan oleh ustadh yg berkali-kali mengingatkan kami supa sentiasa memperbetulkan niat.
Katanya lagi “sembunyikanlah perbuatan baikmu sebagaimana kamu menyembunyikan perbuatan burukmu, itulah ikhlas”

to be continued

wallahu’alam

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed