Aku dan rumah baru

June 23, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya memindahkan barang2 ke rumah baru.Terima kasih kak afni, mizah dan anis yg telah bertungkus-lumus membantu aku dan dalila mengangkat barang.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya aku hari ini.Namun, aku bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar.Alhamdulillah.Jam telah pun menunjukkan pukul 2.39 pagi.Aku masih belum tidur, menanti masuknya waktu subuh.Aku tahu kalau aku tidur kebarangkalian untuk aku tak bangun subuh adalah besar jadi aku gagah kan diri bertahan seminit dua lagi.

Subhanallah setelah banyak ujian dan cubaan yg aku dan sahabat2 tempuhi dalam mencari rumah akhirnya Allah mengurniakan rumah yg aku rasakan selesa untuk kami berteduh daripada panas dan hujan.Banyak benda yg aku pelajari sepanjang aku berusaha mencari rumah.

Aku tahu bahawa kita takkan dan tak pernah mampu untuk memenuhi semua kehendak manusia.Di sini lah terujinya pertimbangan dan kesabaran kita dalam mencari penyelesaian terbaik.Solat istikharah adalah kunci utama apabila kita sukar membuat pilihan tatkala di hadapan kita terbentang seribu satu pilihan yg kita sendiri tidak tahu baik dan buruknya pada diri kita untuk masa kini dan juga masa hadapan.

Dulu jika disebutkan solat istikharah, perkara pertama yg datang ke benak fikiranku adalah ketika ingin memilih pasangan hidup.Begitu ceteknya pemikiran aku.Kini aku sedar bahawa solat istikharah adalah satu wadah kepada kita untuk memohon kepada Allah supaya ditunjukkan keputusan yg terbaik .Suka untuk aku masukkan doa solat istikharah.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Bermohonlah dengan penuh harap.Sesungguhnya Allah tak kan menghampakan hambanya.Aku suka tengok cara Fandi hero filem Kiamat Sudah Dekat berdoa “Ya Allah aku mohon kepadaMu dengan amat sangat” walaupun dari segi tatabahasanya salah tapi gaya bahasanya menunjukkan bahawa dia sangat2 berharap Allah memakbulkan permintaannya..

Oleh kerana jam telah pun menunjukkan pukul 3.36 pagi aku tepaksa berundur pergi.Aku perlu menunaikan hak badanku. Kasihan dia berkerja keras seharian mengangkut barang.3 hari lagi aku akan pulang ke Malaysia.Terasa tak sabar ingin bertemu ayah dan bonda yg tercinta serta adik beradikku.Syukurlah ada kemudahan YM dan skype boleh aku berbual dgn mereka lebih daripada sekali setiap minggu terasa bagaikan duduk di Malaysia.Alhamdulillah terasa terlalu banyak nikmat yg Allah berikan kepadaku.Moga aku tak lupa untuk bersyukur kepadaNya.

Wallahu’alam

Entry Filed under: me as student,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: