Kisah Cinta seorang Sufi

June 22, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagii Maha Penyayang,
Kisah cinta penuh tragis seorang sufi menarik perhatianku untuk dikongsikan bersama.Pada suatu hari Hassan Al-Basri sebelum menjadi ahli sufi berjalan-jalan di suatu tempat tiba-tiba dia terpandang akan seorang wanita yg memiliki sepasang mata yg indah.Beliau juga seorang ahli sufi.Diikutinya wanita itu.”Wanita tadi bertanya kenapa engkau mengikuti ku”.Hassan Al-Basri kemudian memberitahu bahawa di mencintainya.Lantas wanita itu bertanya “Apakah yg membuatkan engkau tertarik kepada diriku”.Kemudian Hasan Al-Basri mengatakan bahawa dia terpukau melihat keindahan mata yg dimiliki oleh wanita itu.Wanita itu kemudian berkata “Akan ku tunaikan hasrat hatimu”

Tidak lama selepas peristiwa itu, datanglah seorang utusan bersama sebuah dulang yg ditutup dengan sehelai kain menyampaikan perutusan tersebut kepada Hassan Al-Basri.Alangkah terkejutnya melihat sepasang mata terdampar layu di atas dulang itu.Betapa wanita sufi itu takut kasihnya kepada Allah berkurang kerana dia memiliki sepasang mata yg mampu meruntun hati seorang lelaki.Hassan Al-Basri berasa sungguh bersalah kepada wanita itu dan dia berhajat untuk meminta maaf daripadanya.Namun, Allah lebih menyayanginya, wanita itu telah pun pergi buat selama-lamanya.

Dengan takdir Allah ,Hassan Al-Basri bertemu dgn wanita tersebut dalam mimpinya.Wanita itu berkata dia telah pun memaafkannya dan menyeru Hassan Al-Basri agar mendalami ilmu agama….
p/s:Untuk mengetahui cerita ini lebih detail sahabat2 blh tgk kat youtube: Halaqah-cinta

Mendengarkan kisah ini, aku terfikir dimanakah aku letakkan cintaku kepada Allah.
Aku tahu Allah tak pernah menyuruh manusia memperlakukan sebegitu rupa namun atas dasar cinta kepada Allah yg amat sangat wanita itu sanggup kehilangan matanya.

Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan rasa cinta itu lahir juga atas izinNya.Namun, bagaimana cara kita mengendalikannya yg menentukan antara dosa dan pahala.Aku tak berniat untuk menghuraikan bagaimana caranya kerana aku bukan seorang yg fakih dalam hal ini.Namun aku percaya, Manual dan Kalam Tuhan telah memberi panduan lengkap untuk kita mengendalikan soal hati dan perasaan.Tinggal kita sahaja yg ingin memilihnya.Memang benar segala-galanya telah ditakdirkan, namun Allah itu tidak kejam sehingga tidak memberi peluang kepada kita untuk memilih.Aku fikir kita semua sudah cukup dewasa untuk membezakan antara kaca dan permata.Tersalah pilih kita yg terluka.Jadi pilihlah mengikut manual ciptaan tuhan supaya kita tak kecewa dunia akhirat

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati,tazkirah,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: