Segenggam Tabah

June 21, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Mengalah tak bererti kalah.Aku rasa pasti ramai yg tak bersetuju dengan ayat ini.Aku akui aku sendiri pun sukar untuk menerimanya.Terkadang ada perlunya kita mengalah untuk megelakkan pertengkaran atau permasalahan menjadi lebih runcing.Namun, terkadang mengalah itu disalah tafsirkan menyebabkan terkadang pihak lain melakukan sewenang-wenangnya tanpa mengirakan hati dan perasaan pihak yg satu lagi.Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan.

Wahai sahabat-sahabatku jika kamu terasa bahagia dilayan baik oleh sahabatmu maka perlakukanlah sebagaimana kamu ingin diperlakukan.Hati dan perasaan itu terlalu rapuh.Barangkali kamu nampak senyum tawa di bibir sahabatmu ,namun luka di hatinya siapa tahu.
“Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya melebihi daripada dirinya sendiri”

Dalam kita bergurau senda, dalam kita ingin mencapai keinginan dan matlamat kita tak kira dalam apa jua hal sekalipun janganlah kita kesampingkan perasaan org di sekeliling kita kerana barangkali dialah yg akan menolong kita dalam kesusahan.Aku sangat suka dengan bait kata-kata ini “BAHAGIA ADALAH APABILA KITA MAMPU MEMBAHAGIAKAN ORG LAIN”.Kita takkkan rugi sedikit pun jika kita mencuba untuk menggembirakan hati org lain.Hiasilah hari-harimu dengan mengingati Allah sambil berkongsi kebahagiaan bersama-sama insan lain.Jangan disakiti hati mereka.Kerana hati yg sakit mengambil masa yg lama untuk pulih seperti sedia kala.Sekalipun pulih parutnya masih ada.Jangan dibiarkan tindakan kita mewujudkan parut2 di hati mereka yg berada di sekeliling kita.Aku akhiri entri kali ini dgn sepotong ayat al- quran

“Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri.” (al-Hasyr: 9)

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati,sabar dgn musibah,tazkirah,Uncategorized

2 Comments Add your own

  • 1. fatin  |  June 21, 2009 at 10:33 pm

    salam aida.
    fatin suka semua entries aida😀

    • 2. hatikumiliktuhanku  |  June 21, 2009 at 10:41 pm

      waalaikumussalam,
      thanks, fatin.Alhamdulillah, segala2 nya dari Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed