Aku meninggalkannya kerana Allah

June 12, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,Dgn Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sekadar ingin berkongsi pengalaman ku.Aku merupakan seorang peminat setia cerita korea n jepun yg .Sudah berapa banyak serial drama aku tonton.Senang cakap aku dah banyak kali wat marathon cerita-cerita ni.Mana tidaknya 1 series memakan masa berbelas jam.Entah mengapa aku pon tak tahu, pada pertengahan tahun 2008 kalau tak silap aku aku terpanggil untuk meninggalkan hobi ku ini.Aku terkedu melihat seorang sahabat membacakan satu ayat yg berbunyi sepeti berikut

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

surah al-baqarah, ayat 138.

sibghah adalah celupan .Sibghah Allah bererti celupan Allah yg bermaksud beriman kepada Allah dan tak disertai kesyirikkan kepada Allah.Sahabatku kemudian menerangkan kepada ku apakah bezanya kita dan juga org non-muslim lain diluar sana.Layakkah kita mengecapi nikmat syurga Allah jika cara hidup kita tak ubah seperti mereka.Setelah dia membacakan maksud ayat itu kpd ku dada ku menyesak,aku terasa nafasku tersekat.Aku tertanya apakah yg telah aku lakukan selama ini.Aku menghabiskan masaku berjam-jam menonton drama korea kesukaanku.Aku tahu aku tak meninggalkan solat semasa aku menontonnya.Namun aku akui bahawa apabila solat, aku rasa seperti mahu cepat-cepat menghabiskannya kerana tak sabar ingin mengetahui apakah kesudahan cerita itu.Aku rasa apa yg aku lakukan ini salah.Aku tidak ingin meletakkan sebarang hukum kepada sesiapa yg menonton apa jua jenis serial drama.Namun, fikirkanlah dgn aqal yg waras ,jika drama2 bersiri ini melalaikan kita daripada melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan sebaik mungkin.Aku cuba bersikap keras terhadap diriku .Aku tinggalkan drama2 itu kerana aku terpanggil untuk membuat begitu .Apabila ditanya oleh salah seorang sahabat ,aku kelu tak berbicara.Kerana aku tak tahu kenapa aku tak mampu memberikan jawapan kepadanya kenapa aku meninggalkan terus hobiku yg suka menonton drama korea.Aku kini sendirian di ruang kamarku, cuba memikirkan apa sebenarnya punca aku meninggalkan kegemaranku.Akhirnya kutemui jawapan, yg barangkali menjadi tekaan sahabat ku semasa menyoalku.Aku dapati drama ini tiada unsur pengajaran yg membawakan aku mendekati tuhanku.Ini hanyalah sekadar pendapatku hamba Allah yg lemah lagi hina.Yg jahil, yg masih lagi mencari-cari redhanya Ilahi.

Semasa menghadiri Deen Intensif Dublin di Royal College of Surgeon Ireland ustaz ada mengatakan bahawa jika kamu meninggalkan sesuatu kerana Allah nescaya ganjaran pahala menantimu di akhirat kelak.Wahai sahabat2 ku sekalian, jika ada sesuatu perkara yg membuatkan engkau berasa kurang senang atau tidak sedap hati maka fikirkanlah, barangkali perkara itu sesuatu yg membawa kemurkaan TuhanMu,analisa semula setiap gerak langkah mu berdasarkan manual ciptaan tuhan yakni ,al-Quran,ingatlah pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu.Pandangan hati itu yang hakiki jika hati itu bersih.Tapi hati jika dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran.Jadi sama-samalah kita bersihkan hati kita dgn membaca kalamullah dan zikrullah.Wallahua’lam

Entry Filed under: me as student,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed