Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam ketaatanMu

June 9, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah ya tuhanku kau tetapkanlah hatiku dalam ketaatan Mu.Lintasan hati manusia terlalu pantas.Barangkali lebih pantas daripada panahan kilat.Oleh itu sama-samalah kita menetapkan niat sebelum melaksanakan sesuatu.Kerana setiap amal itu dikira berdasarkan niatnya.Seperti yg disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Janganlah kita melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian manusia atau sanjungan masyarakat.Kerana manusia itu sendiri bersifat sementara dan tak berkuasa.Manusia lebih senang sekali melupakan perkara yg baik berbanding perkara byg buruk . Jika kita mengharap kepada manusia kita akan kecewa kerana manusia barangkali bertindak di luar jangkaan kita dan tak seperti yg kita harapkan. kita .Kerana apa?Kerana taqdir itu terletak pada Allah azzawajalla.Kita manusia hanya merancang namun Allah jua sebaik-baik perancang.

Letakkanlah Allah sbg tujuan utama segala amal perbuatan kerana Allah tak pernah menyalahi janjinya .Sepertimana Allah telah berjanji kepada ibunya Nabi Musa A.S akan menyelamatkan baginda setelah ibunya menghanyutkannya ke dalam sungai kerana takut Nabi Musa akn dibunuh firaun.

7. Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; “Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul.

13. Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Surah Al-Qasas-ayat 7 dan 13

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati,Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
%d bloggers like this: