Wanita Layak Memasuki Syurga Hanya Dengan Empat Syarat

October 29, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmairrahim
Denngan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ALhamdulillah aku menemui satu artikel yg sebenarnya menyentuh perasaanku .Tatkala aku sendiri mencari ruang masihkah ada ruang untuk aku masuk ke syurga Khaliqku.Sama-sama kita ambil manfaatdaripadanya
Wallahua’lam

http://abubasyer.blogspot.com/

Wanita Layak Memasuki Syurga Hanya Dengan Empat Syarat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.

Empat syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Melakukan solat lima waktu.

Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran yang haq dan yang bathil.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.

Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga : Menjaga maruahnya.

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Mentaati perintah suami.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sahabat yang dimuliakan,
Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w di atas.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :

1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.

2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.

3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.

5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.

7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .

8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s.w.t.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami)

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Sahabat yang dikasihi,
Kenapakah Nabi s.a.w ada mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :

1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.

2. Wanita sering menderhakai pada suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.

3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.

4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.

Sahabat,
Oleh itu wahai sahabat-sahabatku wanita yang beriman! Jauhlah diri kalian daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan akan mengheret kalian ke Neraka Jahannam. Rebutlah peluang keemasan ini iaitu melakukan ketaatan kepada empat perkara yang dinyatakan di atas. Ini adalah tawaran Allah s.w.t yang paling mudah untuk kalian memasuki Syurga Allah s.w.t melalui mana-mana pintu Syurga yang kalian pilih.




Entry Filed under: Uncategorized

5 Comments Add your own

  • 1. amar  |  June 11, 2011 at 6:34 pm

    nak copy & paste utk isteri..

    • 2. hatikumiliktuhanku  |  June 12, 2011 at 9:27 am

      silakan, semoga ada manfaatnya.

  • 3. Hamba Allah yang ingin bertaubat...  |  September 17, 2011 at 10:40 am

    Tapi bagaimana Kiranya semua tersebut telah berlaku, boleh Allah swt mengampunnkan dosa2 besar isteri tersebutt…selain taat kepada Allah swt..Ada ker cara lain kita nak minta ampun Dari Allah swt :(((

    • 4. hatikumiliktuhanku  |  September 18, 2011 at 12:25 pm

      Bismillahirrahmanirrahim,
      Alhamdulillah Allah masih lagi mencampakkan rasa ingin memperbaiki diri kepada saudari.Alangkah beruntungnya saudari kerana Allah masih lagi ingin menyedarkan saudari daripada terus menerus melakukan kesilapan.Apabila Allah mencintai hambanya Dia akan mengingatkan hambanya yg kadang-kadang terlupa.Apa yg penting , dalam kita meminta ampun kepada Allah hadirkan hati kita.Waktu berdoa , kosongkan hati daripada ingatkan hal-hal lain.Mengaku akan segala kesalahan yg telah kita buat.Sebutkan satu persatu dengan penuh rasa lemah dan hina.Keran Allah sangat merindui air mata tangis hamba-hambanya yg merintih meminta ampun.Moga air mata yg mengalir tatkala berdoa ini mampu memadamkan api neraka yg marak membakar.Pohonlah pada Allah dengan yg amat sangat.Dengan sungguh-sugguh sehingga dada rasa menyesak terasa terhimpit dengan dosa-dosa yg telah kita buat.Bayangka kalau Allah tak ampun kita pada hari ini kemana kah pengakhiran kita.Neraka kah atau pun syurga

      Selain itu , perbaikilah amalan wajib,Solat.Sama-sama kita jaga solat kita waktunya tertibnya serta adabnya.Perasan atau tidak jika kita solat dgn khusyuk kita rasa lebih tenang.Tapi kalau solat cepat-cepat cam serabut kan.Selain tu jadikanlah amalan baca AL-Quran setiap hari.sikit pun tak pa.Tapi buat tiap-tiap hari.Baca terjemahan dia sekali.Kadang kadang Allah memberikan teguran, petunjuk serta ketenangan kepada jiwa kita dengan ayat-ayatnya.Ingatlah Al-Quran adalah mukjizat yg masih lagi kekal sehingga ke hari ni.

      16.Yaitu orang-orang yg berdoa “Ya Tuhan kami , kami benar-benar beriman maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilh kami dari azab api neraka
      17.Juga orang yang sabar, orang yang benar, orang yg taat, orang yg menginfakkan(menyedekahkan) hartanya dan orang-orang yg memohon ampunan pada waktu sebelum fajar.

      Kat sini saya nak share 1 cerita yg boleh diambil pengajaran

      http://firdaus-salsabil.blogspot.com/2011/07/browhy-im-still-repeating-same-sin.html

      Sebenarnya pada suatu ketika dahulu ada seorang hamba Allah yang telah bunuh 99 orang pada seorang yang alim.Pastu die tanye orang tu,buleh lagi ke nak tobat?,Allah terima lagi ke taubat aku yang telah bunuh 99 orang.Lalu dijawabnye,tak.Lantas,,orang tu pun tak puas hati dengan jawapan itu.Maka jadilah orang tu orang yang ke 100 dibunuh.Kemudian die pergi jumpa sorang lagi yang alim dan tanye soalan yang sama.Jawapannye berbeza.

      “rahmat Allah SWT itu sangat luas”
      “masih ade peluang untuk bertaubat”
      “pergilah ke satu tempat”
      “suasananye bersih dari maksiat penduduknya”
      “penuh dengan orang-orang yang soleh yang boleh dijadikan kawan”

      Lalu,pembunuh itu berpuas hati dengan jawapan itu.Lalu dia pun berazam untuk ke tempat itu.Ditakdirkan Allah,dia mati di pertengahan jalan.Lalu dia masuk syurga.Dan malaikat mengukur jarak hamba ALLah itu dari tempat kematiannya .Ternyata jaraknya lebih dekat ke arah tempat yg membawa kepada kebaikan.Dan ke syurga lah dia.

      Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

      “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman (dalam Hadis qudsi ) : “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahu-kan padanya bahwa ia akan Kuperangi – Kumusuhi. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakanuntuk melihat, Akulah tangannya yang ia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andaikata ia meminta sesuatu padaKu, pastilah Kuberi dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Kulindungi.”

      (Riwayat Bukhari)

      Wallahua’lam

  • 5. Herman su  |  October 11, 2012 at 10:01 am

    Trims


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: