Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusanku

October 28, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Hari demi hari berlalu terlalu pantas sehingga tanpa aku sedari esok adalah hari jumaat.Runsing fikiran ini memikirkan exam yg akan kunjung tiba tak lama lagi.Aku kini telah pun berada di tahun 4 Perubatan.Terasa terlalu banyak ilmu perubatan yg belum aku kuasai.Aku semakin hampir ke tahun akhir.Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk belajar bersungguh-sungguh.Buatkanlah segala sifat malas, lemah, kurang yakin yg ada dalam diri ini.Ya Allah bantulah aku serta rakan-rakanku yg lain agar kami sama-sama berjaya dengan cemerlang.Hindarilah kami dari sikap riak ujub takabur dan segala sikap keji.

Marilah kita mulakan hari-hari kita dan amal kita dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim.Aku masih teringat di suatu ketika dahulu di saat aku berumur 6 tahun, guru tadika ku pernah bercerita.Ada seorang perempuan yg sering menyebut bismillahirrahmanirrahim dalam setiap perbuatannya.Dia melazimi perkataan ini sehingga pada suatu hari suaminya berasa sangat rimas mendengar ucapan tersebut dari mulut isterinya.Kemudian suaminya meletakkan sekarung guni yg mengandungi ular berbisa di dapur.Ketika ingin memasak si isteri membuka karung itu .Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat karung itu mengandungi barang kemas.

Aku tak pasti bagaimana kesudahan cerita itu.Namun yg penting intipatinya masih lagi segar diingatan aku.Aku rindukan masa kecilku.Ingatan ku di saat itu masih lagi tajam.Meningkatnya usia, semakin merosotnya prestasi ingatan aku.Mungkin ini berkait rapat dengan hari dan juga pemakanan.Aku sempat menjenguk ke website ni yg aku rasakan menarik untuk dikongsikan

BAGAIMANA UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan manusia gagal disebabkan sifat lupa atau lemah daya ingatan. Saya ambil contoh, murid-murid Tahun 6 tidak dapat menjawab soalan Matematik fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi, sedangkan semua kemahiran telah diajar sejak di Tahap Satu dan dibuat ulangkaji oleh guru-guru. Akibatnya mereka gagal dalam UPSR. Mengapa mereka masih gagal. Mereka lupa atau tidak ingat formula. Mereka lupa pesan para guru bahawa mereka perlu banyak membuat latihan ulangkaji. Mereka juga lupa bahawa mereka bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan diri mereka sendiri. Semuanya kerana lemah daya ingatan dan sikap pelupa. Justeru itulah saya menulis esei ini dengan harapan ianya dijadikan bahan bacaan dan dapat membantu mengurangkan sifat pelupa seterusnya membawa kepada kejayaan masa hadapan,

Sebelum saya menulis tentang faktor-faktor yang menyebabkan kita mudah lupa dan bagaimana menguatkan daya ingatan, terlebih dahulu suka saya nyatakan di sini berkenaan tanggapan songsang tentang daya ingatan. Orang ramai sering mengatakan orang tua mudah lupa, orang muda senang ingat. Kerana itulah ramai orang tua menjadi nyanyuk. Mereka juga sering membuat kenyataan bahawa orang perempuan mempunyai daya ingatan yang kuat dan orang lelaki lemah daya ingatan atau sukar untuk mengingat. Justeru itulah maka di pusat-pusat pengajian tinggi perempuan lebih ramai dari lelaki. Selain itu sering kita juga mendengar orang berkata kekuatan daya ingatan ini diwarisi mengikut keturunan. Sekiranya seseorang itu lahir dari ibu bapa yang tidak cerdik maka dia juga akan menjadi seorang yang kurang cerdik seterusnya gagal dalam peperiksaan dan kehidupan masa hadapan. Sekiranya kita mempunyai ibu bapa yang bijak pandai, kita juga akan menjadi bijak pandai seterusnya lulus peperiksaan dan berjaya di masa hadapan. Benarkah kenyataan-kenyataan tersebut?

Sebenarnya tanggapan-tanggapan di atas tidak dapat dipastikan kebenarannya. Apa yang nyata ialah menurut kajian para bijak pandai, sikap mudah lupa ini berpunca dari amalan seharian kita sendiri. Jika hati kita kotor dan kurang mengamalkan perkara-perkara yang baik, kita akan menjadi seorang yang pelupa. Hati yang kotormenyebabkan fikiran kita kotor. Kita akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Jika kita sering melakukan perkara-perkara yang buruk akibatnya kita akan lupa tanggungjawab kita kepada diri kita sendiri. Seterusnya kita akan gagal dalam kehidupan. Satu lagi tingkahlaku yang menyebabkan seseorang menjadi pelupa ialah perbuatan suka kencing berdiri. Selain itu jika seseorang suka melihat kemaluan, dia juga akan menjadi pelupa.

Apabila kita belajar dan mendapat ilmu, sekiranya ilmu itu tidak terus diamalkan dalam masa 48 jam, perlahan-lahan ilmu itu akan terpadam dan kita menjadi pelupa. Pepatah ada mengatakan ”saya lihat saya lupa, saya dengar saya ingat, saya buat saya tahu”. Bermakna jika kita hanya melihat dan mendengar kita hanya akan ingat dan ingatan ini akan luput jika tidak diperkukuhkan dengan amalan. Jika kita membuat atau mengamalkan ilmu tersebut kita akan faham dan ilmu tersebut akan kekal di fikiran untuk jangka masa yang lama.

Kerja yang tidak sistematik, susun letak barang-barang berselerak dan tidak ikut peraturan juga menyebabkan kita sukar mengingat sesuatu. Fikiran kita akan sama bercelaru seperti kerja-kerja kita yang tidak sistematik itu.

Amalan memakan organ-organ dalaman haiwan juga akan menyebabkan kita menjadi pelupa. Ini termasuklah makan kepala ikan kerana di dalam kepala ikan ada otak. Otak mengandungi bahan kimia yang boleh melemahkan ingatan kita. Jika kita makan makanan yang sudah dilalui semut atau mengandungi semut, kita juga berisiko untuk menjadi pelupa kerana semut mengandungi bahan kimia yang boleh melemahkan fikiran.

Jika kita terlalu kenyang kita juga akan mudah lupa kerana jika kita terlalu kenyang, banyak oksigen diperlukan untuk menghazam makanan. Ini menyebabkan darah kekurangan oksigen untuk disalurkan ke otak. Otak akan kekurangan oksigen dan ingatan kita akan lemah. Kita akan lupa.

Selain dari punca-punca di atas, ada lagi tingkahlaku kita yang akan menyebabkan kita jadi pelupa. Perbuatan suka merenung buih juga akan melatih otak menjadi pelupa kerana buih adalah sesuatu yang tidak kekal, ia mudah berpecah dan seterusnya lenyap dari pandangan. Perbuatan melihat buih boleh menghayalkan dan menyebabkan kita lalai seterusnya lupa.

Bila kita berada di tempat yang berbau busuk kita akan merasa tidak selesa. Bau yang busuk menyebabkan kita tidak selesa dan fikiran akan terganggu. Fikiran yang terganggu akan merosakkan tumpuan dan menyebabkan kita jadi lupa.

Satu perkara lagi yang menyebabkan kita lupa ialah sikap kita sendiri. Kita sering menganggap diri kita pelupa. Kita merasa selesa walaupun kita sering terlupa. Kita selalu berkata ” saya memang pelupa”. Kita tidak merasa bersalah apabila kita terlupa. Kita tidak sedar bahawa sikap pelupa ialah satu masalah. Kita tidak sedar bahawa lupa dan lalai boleh membahayakan diri dan orang lain. Kita tidak berusaha untuk mengatasi masalah itu.

Selepas kita mengetahui dan menyedari apa sebenarnya yang menyebabkan kita lupa dan lemah daya ingatan, eloklah kita mengetahui dan memahami bagaimana untuk menguatkan daya ingatan seterusnya mengelakkan kita dari menjadi seorang yang pelupa. Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa sikap pelupa adalah berpunca dari tingkahlaku dan amalan seharian kita sendiri. Justeru itu marilah kita tinggalkan tingkahlaku dan amalan yang boleh menyebabkan kita lupa. Laksanakanlah amalan yang boleh menguatkan daya ingatan kita.

Selalulah kita memohon kepada Tuhan agar dijauhkan kita dari lalai dan lupa. Kerana Allah Maha pemurah dan mengasihani. Cepat-cepatlah beristigfar dan memohon ampun kepada Tuhan jika kita terlupa kerana Allah Maha pengampun. Jagalah ibadat kita serta lakukan dengan ikhlas dan sempurnya kerana Allah Maha tahu, suka serta kasih kepada hamba yang melakukan ibadat kepadaNya dengan sempurna . Hati yang kotor menyebabkan kita jadi pelupa. Justeru itu bersihkanlah hati dengan amalan zikir menyebut dan memuji Allah S.W.T. serta solat taubat. Mulakan setiap tindakan dan pekerjaan dengan kalimah Bismillah. InsyaAllah segala yang kita lakukan dengan ikhlas dan dimulai dengan kalimah Bismillah (dengan nama Allah) akan sentiasa di dalam pengawasan, perlindungan dan keberkataanNya. Segalanya InsyaAllah akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Amalan harian yang mengikut sunnah Nabi juga boleh membantu menguatkan daya ingatan. Contohnya mulakan setiap langkah menggunakan kaki kanan. Lakukan pekerjaan menggunakan tangan kanan. Pergerakan anggota kanan akan merangsang otak kiri. Otak kiri digunakan untuk mengingat fakta dan nombor. Fakta dan nombor adalah sesuatu yang sukar diingat. Dengan merangsang otak kiri akan membantu menguatkan daya ingatan kita. Kita juga perlu mengamalkan memegang makanan dan makan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu memudahkan penghazaman makanan. Makanan yang cepat hazam memberi peluang oksigen disalurkan ke otak. Oksigen yang cukup akan mencerdaskan otak kita seterusnya mengelakkan kita dari lemah daya ingatan.

Nabi suka wangian. Bau yang harum dan wangi akan menenangkan fikiran kita. Justeru itu sentiasalah pastikan kita sentiasa dalam keadaan harum dan berada di tempat yang selesa. Keadaan yang selesa dengan haruman akan merangsang otak dan menguatkan daya ingatan.

Kita sering terlupa untuk melakukan perkara yang ingin kita lakukan. Contohnya selepas menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke tempat kerja, kita teringat bahawa kita tertinggal sesuatu di dalam rumah. Kita akan masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil barang tersebut tetapi apabila sampai ke dalam rumah kita terlupa apa sebenarnya yang ingin kita ambil. Kita terus pergi ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja baru kita ingat kembali bahawa kita terlupa untuk mengambil dompet yang mengandungi wang dan barang-barang penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu. Ini tentu menyebabkan kita rasa tidak selesa. Ini mungkin akan mengganggu tumpuan kita untuk bekerja pada hari tersebut. Hilang tumpuan dan gangguan fikiran ini akan menyebabkan kita lupa tentang perkara-perkara lain yang perlu dilakukan. Untuk mengelakkan perkara tersebut berulang, apabila kita ingin melakukan sesuatu sebutlah perkara tersebut sehingga telinga kita sendiri boleh mendengar suara kita. Sebutlah sekurang-kurangnya tiga kali. Nescaya kita tidak akan lupa kerana menyebut umpama kita melakukan sesuatu. Menyebut atau melakukan boleh membantu ingatan sebanyak tujuh puluh peratus dan mendengar boleh menambah ingatan kita sebanyak dua puluh peratus.

Amalan makan makanan seimbang juga diperlukan untuk menuatkan daya ingatan. Makanlah makanan yang mengandungi B Kompleks seperti tahu, tempe dan makan kekacang yang lain. B Komplek membantu menguatkan daya ingatan. Amalkan juga makan kismis, kurma dan madu keranya ianya mengandungi banyak tenaga yang diperlukan oleh otak.

Selain itu seperti yang kita maklum, amalan harian yang tidak sistematik menyebabkan kita lupa. Justeru itu bentuklah sistem dan amalkan rutin harian yang positif dan sistematik. Rutin yang sistematik akan memudah dan mengelakkan kita dari lupa.

Bagi seorang pelajar, rajinlah mengulangkaji pelajaran dan berbincang dengan rakan-rakan kerana mengulangkaji dan berbincang umpama kita menggunakan pelajaran tersebut. Ini akan lebih mengekalkan ingatan kita. Umpama kata pujangga, kemahiran dan ilmu semakin banyak digunakan ia semakin bertambah.

Seterusnya janganlah kita fikir bahawa kita memang pelupa. Jika kita terlupa teruslah berdoa kepada Tuhan mohon kuatkan daya ingatan kita.

Kesimpulannya, sikap pelupa adalah disebabkan oleh tingkahlaku dan amalan kita sendiri. Walau bagaimana latar belakang kita, miskin atau kaya, tua atau muda, lelaki atau perempuan semuanya berpeluang untuk menguatkan daya ingatan masing-masing. Justeru itu marilah kita sama-sama tinggalkan amalan yang boleh menyebabkan lemah daya ingatan serta jangan lupa amalkan tingkah laku dan perkara-perkara yang boleh menguatkan daya ingatan kita.

OLEH:
HJH RUHAYAH BINTI EHSAN
PGSR PENGAJIAN SOSIAL
IPG KAMPUS TEKNIK
KUALA LUMPUR 28 NOVEMBER 2008, JAM 2.30 PAGI.

Wallahua’lam

Entry Filed under: hati

3 Comments Add your own

  • 1. ct  |  April 22, 2011 at 2:40 pm

    salam..
    terima kasih atas ilmu yg sgt bermanfaat ini…
    semoga ia menjadi bekalan di akhirat kelak

    • 2. hatikumiliktuhanku  |  April 23, 2011 at 2:07 pm

      wa’alaikumussalam
      segala yg baik itu daripada Allah subhanahu wata’alla.Terima kasih kembali atas doanya.Amin

  • 3. nur  |  July 26, 2011 at 1:23 pm

    assalam.. terima kasih atas pengkosian ini.. secara tak langsung memberi pengetahuan pd sy yang kadang kala terlintas di hati untuk berputus asa menuntut ilmu dunia.. tapi sy ad satu pertanyaan.. harap puan dpt membantu sya. berkenaan dengan merenung buih itu..boleh puan nyatakan hadis yang mengatakn tentangnya.. kata ustazah sya, ad hadis.. sudah saban hari sya beriktiar mencari serangkap hadis berkenaan buih. kalau boleh,boleh puan nyatakan hadis tentang buih ini?saya betul-betul ingin tahu tentangnya.harap puan dapat membantu..nur


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: