Ujian Allah kepada HambaNya

January 23, 2010 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg telah memberikan keizinan kepada diriku untuk terus hidup di atas muka bumi ini.Aku bersyukur kerana aku serta sahabat-sahabatku telah berjaya menamatkan semester 5 pengajian kami berserta final semester exam.Ya Allah kurniakanlah keputusan yg paling cemerlang kepada kami.

Hidup ini ibarat roda kekadang kita berada di bawah kekadang kita berada di atas. Dalam kita menjalani kehidupan kita sehari-hari kita pastinya akan diuji.

186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

Surah Ali-Imran

Subhanalllah, Maha Suci Allah yg telah memberikan segala kenikmatan dunia ini kepada ku.Aku diuji kali ini dengan kehilangan sejumlah wang yg baru sahaja aku keluarkan daripada bank untuk aku belanjakan sepemergianku ke Mesir. Namun, Allah itu lebih tahu dan dia lebih mengetahui apa yg terbaik untukku.Di saat akhir, aku terpaksa membatalkan hasrat hatiku yg berbunga riang untuk bertemu dengan Sungai Nil dan Gunung Sinai di bumi anbiyak itu. Kerana kehilangan Immigration Card aku bersama dompet..

Aku dengan segala daya upaya ku cuba memadamkan ingatan ku daripada mengingati peristiwa itu ,namun ia bukanlah sesuatu yg mudah.Peristiwa ini membuatkan aku berfikir…..

Barangkali ada hak org lain yg aku tidak tunaikan…
Barangkali aku belum layak untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiyak…
Barangkali ujian ini adalah kifarah dosa ku…..

Barangkali ujian ini juga sebagai titik permulaan Allah ingin aku mengubah sikap burukku yg terkadang aku sendiri tidak perasan.Namun, setelah aku teliti terlalu banyak khilaf yg telah aku lakukan
Maafkan aku ya Allah andai aku tak tahu apa yg aku lakukan itu adalah dosa

Barangkali adalah satu ujian Allah untuk menguji keimanan aku tentang Qada’ dan Qadar..

Aku sering mendengarkan ayat ini dibacakan kepada ku

216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-baqarah

Aku ingin sekali ke Mesir, namun Allah lebih tahu apa yg terbaik untukku.Berkali-kali cuba ku pujuk hati ini…

Apabila diuji manusia sering berkata atas dosa apakah aku diperlakukan sebegini?
Pastilah aku dan kamu punya dosa!
Kenapa ingat dah cukup baikkah diri itu untuk masuk syurga!
Dah bersedia untuk menjawab soalan mungkar dan nangkir tatkala ditanya

Ma rabbukka?
Ma imamuka?
Ma kitabuka?

Aku teringat semasa masih di bangku sekolah dulu, senangnya soalan itu kalau hafal siap-siap sebelum mati plus belajar arab sket sure boleh jawab fikir ku yg baru setahun jagung.Macam yg kita selalu buat menghafal segala jawapan past paper dgn harapan kalau soalan keluar at least kita boleh menggoreng dengan gembiranya.

Sekalipun soalan yg dikemukan itu senang, namun yg menjawabnya bukanlah lidah atau akal yg mampu menghafalnya.TETAPI AMALAN!!!!!ya amalan kita, baik amalan kebajikan atau amalan kejahatan.
Persepsi kita sukar diubah.Apabila berbicara tentang amalan kita menggambarkan solat, puasa, zakat, haji.
Namun amalan itu mempunyai definisi yg jauh lebih luas.Amalan itu adalah segala perbuatan yg kita lakukan.
Baik buruk ataupun yg elok-elok belaka.

Tidak ada satu amalan pun yg terlepas daripada dipersoalkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala

Aku jadi takut mendengar ayat yg aku taip sendiri ini.Sebabnya , sbg contoh kekadang bila kita ber YM, betulkah apa yg kita buat ni , berfaedahkah, berdosakah, lagha ka.Huhuhuhuhu.Jawapannya aku pun tak tahu.Hanya Allah yg tahu….

Keimanan berlawan dengan hawa nafsu untuk mendominasi hati.Bertepatan dengan hadis rasullullah:

“Di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk daging itu maka buruklah seluruhnya, dan ketahuilah itu adalah HATI”

Aku jadi takut hati ini jadi berbolak balik terkadang imannya mantap terkadang terpesong dari landasan.Sama-samalah kita berdoa

“Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam melaksanakan ketaatan kepadaMU”

Ya Allah aku tak takut dengan kemaksiatan yg jelas dan terang di depan mataku, tetapi aku takut akan bisikan kejahatan yg tersembunyi dalam hatiku yg mengajak kepada kemungkaran.Kerana aku takut ia akan membawa ku kepada kenistaan yg paling dalam.

Ya Allah sucikanlah hati ini, sebagaimana telah kau sucikan hati ini sejak lahirku.Tetapkanlah hati ini dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu….

Ya Allah aku takut akan fitnah hati ini ya Allah.Lindungilah aku daripadanya.Aku takkan mampu melakukannya melainkan seizinMu…

Aku berasa sangat sedih mengenangkan dosa yg aku sendiri samar2 puncanya.Namun, aku tahu semuanya berpunca daripada hati yg kotor.Aku perlu bersihkannya sebelum aku tidak punya peluang lagi untuk menghilangkan segala daki-daki serta noda-noda yg terpalit pada hati yg azalinya suci tiada noda.

Jom kita bersihkan hati!!!!!!!
-Banyakkan zikir
-Banyakkan tilawah dan tadabur al-quran
-Isi masa lapang dengan bermanfaat
-Jauhi perkara lagha
-Jauhi Zina mata, hati dan juga perbuatan
-Perbanyakkan amal kebajikan dan berbuat baik kpd masyarakat dan teman
-Jauhi segala kemungkaran

Aku suka dengan salah satu pepatah Arab

“Sibukkanlah dirimu agar nafsu tidak akan menyibukkan dirimu”

Wallahua’alam

Entry Filed under: sabar dgn musibah,tazkirah,Uncategorized

2 Comments Add your own

  • 1. adam  |  May 13, 2010 at 7:12 am

    YA ALLAH,AMPUNKANLAH HAMBAHMU INI.ENGKAU LAH MAHA BERKUASA LAGI MAHA PENYAYANG.YA ALLAH JAUHI KAN LAH KELUARGA KU DARIPADA AZAB NERAKA MU.AMINYAROBBAL ALAMIN

  • 2. adam  |  May 13, 2010 at 7:16 am

    YA ALLAH,TUNJUK KAN LAH KAMI JALAN YANG BENAR.KAMI ADALAH HAMBAHMU YANG TAAT PERINTAH MU.


Leave a reply to adam Cancel reply

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed