ciri-ciri orang bertaqwa

October 31, 2009 hatikumiliktuhanku

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang.Aku mohon segala ampun kepadaNya di atas segala salah dan khilafku.Subhanallah.Di saat aku kehilangan arah Allah tunjukkan aku jalan kembali.Aku terpanggil untuk berkongsi peringatan ringkas buat renungan kita bersama.

Apakah tujuan hidup kita di dunia ini?Tatkala segala impian telah kita penuhi, seakan masih ada lompong jauh di sudut hati ini.Mengapa jadi begitu sedangkan kita memiliki kejayaan, kekayaan, keselesaan, dan segala keindahan pemberian tuhan.Barangkali kita lupa akan satu hal ini.”Hidup untuk mencari redhaNya ilahi”…

Apa gunanya segala kesenangan hidup ini jika tiada berkatnya ilahi.Hidup yg disangkakan indah kosong tanpa ketenangan jiwa pemberian Allah subhanahu wa taala.Mungkin dengan cara memperbaiki amal, mempertingkatkan iman dan taqwa di dada mampu memperdekatkan kita dengan pencipta kita yg hakiki.

Allah SWT menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 135 mengenai ciri-ciri insan yang bertaqwa :

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)”.

Secara ringkasnya org 2 yg bertaqwa:
1-segera melaksanakan kebaikkan
2-menginfakkan hartanya di kala senang dan susah
3-menahan marahnya dan mudah memaafkan
4-Segera memohon ampun sekiranyanya mereka melakukan kemungkaran

Nasihat ini aku tujukan buat diriku yg menulis juga buat mereka yg membaca.Moga selepas ini kita tak teragak2 untuk melakukan kebaikkan kerana takut dilabel apa jua sekalipun oleh teman-teman, tidak takut berkurangnya simpanan kerana bersedeqah, tidak mudah melenting apabila ditimpa musibah, dan segera memaafkan insan2 yg pernah menyakiti.Dan yg paling penting lebih sensitif dengan kemungkaran yg kita lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak dan segera memohon darinya.Sesungguhnya Allah itu Maha penerima taubat.Alangkah teruknya jika diri yg bercakap ini tidak melaksanakannya.Nauzubillahi minanzalik.

Ya muqallibal qulub tsabbit qulubana ‘ala dinik

Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ku dalam agamaMu

wallahua’lam

Entry Filed under: tazkirah,Uncategorized

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed